Monday, 12 September 2011

Assalamualaikum...

lamanya tak menulis. Puasa pun dah berlalu..syawal pun dah berada di pertengahan usia cuma abg miyo je masih begini..statik je. Ermmmm takpe larr bang, ibu tetap bahagia, bahagia melihat anag mito sihat, bahagia melihat abang miyo tenang, walaupun hanya mata abang miyo je berkelip-kelip. Ibu tahu abang sayang ibu.

Banyak duit raya abang miyo dapat... RM800 kesemuanya. Ibu dah simpan dalam akaun CIMB untuk kegunaan abang nanti. Tahun lepas lagi banyak abg miyo dapat RM1500.00. Maybe semua yang datang rumah tak sampai hati tengok abang miyo kan? Mereka bagi duit secara ikhlas dan ibu tak pernah minta dengan bantuan sesiapa. Ibu pernah tanya dengan JKM pasal bantuan apa yang boleh abang miyo dapat..yang ibu dapat hanyalah pandangan seribu makna dari seorang kerani di sana. Takpe larr abang miyo, insyaallah ada rezeki abang miyo nanti. Tak perlu ibu nak menempelkan muka ibu ke sana lagi, ibu serik sangat macam peminta sedekah. lagipun tiap-tiap bulan abang miyo dapat bantuan dari Ayah Mie, Cik sue dan Kak Siti (orang kuat JBGM) dan sedikit gaji ibu cukuplah untuk menampung keperluan abang kan? 2 tahun lebih berlalu..dan abang miyo tak pernah ralat untuk mendapatkan susu ensure, perkhidmatan ambulan BSM, tube, keperluan diri abg, peralatan ..semuanya cukup, alhamdulillah dengan rezekimu ya Rabbi... Dah lama ibu korbankan keperluan ibu sendiri demi abang, insyaallah ibu dapat yang lebih baik di akhirat kelak, ibu tahu..

Semalam, kenapa abang miyo bangun awal sangat? Ibu tengok jam baru jam 1.45 pagi.  Abang miyo tak selesa sebab banyak kahak kan? Ibu pun tak cukup tidur sebab asyik kena suction kahak abang..last2x dalam tersengguk-sengguk tu ibu bangunkan abang dan sandarkan ke dada ibu, biar semua kahak abang jatuh. Bila kahak abang dah berkurangan ibu tinggikan bantal abang dan baringkan abang miyo kedudukan menyandar 45 darjah. Kemudian ibu lihat jam dah 5.15 pagi, hajat untuk sambung tidur terbengkalai..ibu perlu siapkan abang sebelum siapkan ibu sendiri ke pejabat.  Seperti biasa..lap badan abang, tukar kain pelapik abang, pakaikan diapers, bancuh ubat, bersihakan suction pump abang, tukarkan tube, bagi ubat, exercise dan last sekali suction kahak abang betul-betul. kemudian ibu bersiap-siap untuk ke pejabat. hari ini ibu keluar rumah jam 7.05 pagi..bawa kereta slow je sebab mata mengantuk sangat.

Ok larr bang ibu nak siapkan survey kat pejabat ni..ibu harap abang tak meragam di rumah bersama tok ma dan tok wan. Jangan susahkan mereka ya nak..kesian tok ma dan tok wan..nanti jam 5 ibu dudukkan abang atas wheel chair ye sayang..Assalamualikum..