Monday, 21 March 2016

Bah Kuning 2014 dan Abg Miyo...

Huhuhu cerita lama yang sudah basi...tapi tetap segar dalam ingatan ibu sampai bila-bila. Kisah Abg Miyo dan Bah Kuning 2014 membuatkan hati ibu hiba. Bukan saja ibu tetapi kepada mana-mana ibu yang memiliki anak OKU terlantar kronik seperti abg miyo yg perlukan tempat yang bersih dan bekalan elektrik yang berterusan. Betapa sukarnya melalui detik cemas itu. Semoga ianya tidak pernah padam selama-lamaya.

24 Disember 2014 (Rabu)

Ibu dapat berita dari whatsup group mengatakan banjir sedang melanda Kuala Krai dan Gua Musang. Di dalam hati ibu mengatakan perkara itu setiap tahun akan berlaku dimusim tengkujuh. Tidak pernah menduga sesuatu akan berlaku dalam hidup abg miyo dan keluarga kita. Whatsup group sentiasa update tentang banjir dari semasa ke semasa. Melihat foto-foto yang di upload ibu tersentak...agak besar juga banjir tahun ini. hati mula resah ingatkan abg miyo di rumah. Rumah itu belum pernah banjir ibu tenangkan hati...

Pada masa yang sama di pejabat kecoh sana sini memaklumkan air banjir hulu sudah memasuki kota bharu. Ramai yang pulang menjenguk keluarga. Jam 4.30 petang ibu memohon untuk balik awal ke rumah untuk membeli stok makanan. daddy pula masih kurang sihat disebabkan kemalangan motor di putrajaya. daddy tak lepas untuk balik ke kelantan disebabkan kecedaraan tulang rusuknya. Ibu bertolak pulang ke rumah dan apabila tiba di jambatan berhampiran rumah air sungai sedang mengisi tempat dan agak laju. Cuak ibu memikirkan kerana sungai tersebut dalam lingkungan 2km dari rumah. Ibu terus ke jambatan pasir tumboh untuk melihat keadaan sungai di sana. Jarak sungai itu juga lebih kurang 2km juga dari rumah kita. Masyaallah keadaannya sgt menakutkan... Setelah membeli barang keperluan dapur (masa ibu sampai bekalan dah hampir habis) ibu balik ke rumah. Malam itu cerita banjir menjadi semakin top.

25 Disember 2014 (Khamis)

Pulic Holiday cuti krismas, kesempatan cuti itu ibu keluar pagi-pagi untuk membeli breakfast, masyallah air sungai semakin besarsudah menenggelamkan rumah-rumah disekitarnya. Ibu semakin cuak, macam mana kiranya jalan ini terputus hubungan dengan husm? dan macam mana kiranya sungai yang mengeliling rumah dalam jarak 2km ini melimpah sehingga menenggelamkan rumah kita abg miyo, ibu risau kudrat ibu tak mampu untuk menyelamatkan abg miyo jika perkara itu berlaku.

Tengahhari ibu dikejutkan  rumah bff ibu auntie Attiah telah dimasuki air sehingga ke dalam rumah di kg cherang. Auntie Atiah atau selesa dipanggil mama terpaksa meninggalkan rumah dengan keseluruhan perabot dan alat-alat elektrik tidak dapat diselamatkan. kedatangan air bah itu terlalu cepat dan ganas. Ibu semakin cuak apatah lagi ibu elli (bff ibu) menawarkan untuk berpindah di homestay yang terletak bersebelahan rumahnya demi keselamatan abg miyo. Berbelah bagi rasanya ibu untuk ke sana dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan hidup orang. kedua-dua sungai kiri dan kanan  rumah kita semakin mengganas menenggelamkan rumah satu persatu sedangkan ibu masih berperang dengan diri untuk berpindah ke kawasan yang lebih dekat dengan husm atau tidak...

Petang itu sekali lagi ibu pergi melihat ke dua-dua sungai itu, tidak ada tanda ia surut bahkan makin menenggelamkan rumah-rumah sekitar sehingga ada keseluruhannya tenggelam. Masyaallah... ibu telefon ibu elli dan meminjam keretanya yang agak luas dan besar dan mengambil keputusan untuk berpindah. Akhirnya malam itu kita sekeluarga berpindah dengan pasrah dengan harapan rumah yang abg miyo huni ini tidak tenggelam oleh banjir dan semoga sepanjang musibah ini abg miyo tidak terkena infection samada demam atau pneumonia. Malam itu ibu bersama abg miyo, adik, tok wan dan tokma berpindah ke rumah mokcik nah (sepupu tok ma) yang terletak berhampiran Husm. lagipun mokcik nah tinggal hanya dengan dua orang anak saudaranya yang dipelihara dari kecil. Jadi abg miyo ditempatkan dalam sebuah bilik yang luas di rumah dia dengan 3 buah kipas keliling abang. Abg Miyo x boleh panas-panas kan..kan.. Manakala ibu dan kawan-kawan banyak telah terputus hubungan disebabkan oleh hphone masing-masing sudah kehabisan bateri dan bekalan elektrik di banyak tempat telah terputus.

Malam itu kami tidur menumpang di rumah mokcik nah dengan harapan esoknya banjir semakin surut.

26 Disember 2014 (Jumaat)

Ibu elli memaklumkan bahawa jalan yang menghubungkan pasir tumboh dan kubang kerian, Binjai ke kubang kerian , pasir tumboh ke Binjai telah lumpuh seluruhnya dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Bermakna semalam ibu telah mengambil satu keputusan yang tepat untuk memindahkan abg miyo ke tempat yang lebih selamat. Panggilan telefon dari adik mokcik nah yang mengatakan TNB sedang bersiap sedia untuk memadamkan elektrik ke seluruh negeri Kelantan menyebabkan ibu rasa teramat risau kerana abg miyo memerlukan bekalan elektrik yang berterusan disebabkan abg miyo perlu menyedut kahak melalui suction pump. kahak abg miyo memang sentiasa banyak. Jika tidak disedut abg miyo menghadapi masalah lemas dan jangkitan paru-paru. Ibu menelefon HUSM memohon sekiranya bekalan elekrtik terputus agar dapat menumpangkan abg miyo di situ. Husm masih memiliki generator untuk tujuan kegunaan di masa kecemasan ini. Sedikit lega apabila husm memberi green light sekiranya bekalan benar-benar terputus supaya menghantar abg miyo ke kecemasan. Perasaan terubat apabila daddy dalam kesakitan berkorban balik dengan flight yang harga masa itu makkk aiii ratusan ringgit (tiket kecemasan dan terlalu tinggi) untuk bersama-sama ibu. Walaupun daddy tak boleh banyak bergerak sekurang-kurangnya melihat daddy semangat ibu semakin kuat.

bersambung....






lamanya tak menulis

Assalamualaikum w.b.t

Bukan sehari, sebulan tapi setahun lebih ibu tak menjenguk blog kita ini abg miyo. Setahun lebih bermakna abg miyo dah semakin berusia...huhuhu abg miyo dah remaja. dah berumur 13 tahun. Semakin encemmm abg miyo di kaca mata ibu, sentiasa indah saja abg miyo dihati ibu. Waktu yang berjalan pantas banyak perubahan yang telah berlaku antaranya:


  • Abg Miyo dah kurang minat sponge bob, hihihi tapi otomeng tetap forever...tambah lagi otomeng zero.
  • Abg miyo dah dapat sciolosis S disebabkan terbaring terlalu lama, senget sudah bahu dan tulang paru-paru abang
  • kaki abg miyo panjang sebelah lantaran tidak bergerak dengan betis menjadi kurus, sebakkk sgt rasanya
  • abg miyo suka lagu hidustan arghhhh yg ni ibu peninggg mcm mana pulak berubah angin
  • abg miyo suka mandi, kalau lepas mandi pakaikan bedak pastu tidur...kadang-kadang dah mandi buat tidur tipu-tipu pun ada. 
  • Sel otak abg miyo lebih berhubung...hehehe yang ni ibu dan kak farah (nurse peribadi) abg je yang faham...toing...toing
Sepanjang tempoh setahun lebih abg miyo dah bertukar 3 orang jururawat peribadi yang menjaga abg miyo dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang Ahad hingga Khamis dalam kata lain sepanjang ibu di pejabat. Ibu harap kak Farah akan lebih lama bersama abng miyo. Abg Miyo pun rapat sgt dengan kak farah. Kak etun dan Kak Bi (jururawat terdahulu) pun dua-dua baik juga pada abg miyo.

Seharian meninggalkan abg miyo membuatkan hati ibu sentiasa rindu. pernah ibu di pejabat dek kerana rindu yg amat ibu buka telefon dan lihat rakaman video dan foto-foto abg miyo. Sentiasa ingat bahawa abg miyo hanya pinjaman bukan hak milik abadi ibu. Lantas ibu hanyut dalam khayalan ibu sendiri yang sukar untuk ibu tafsirkan dengan kata-kata. Benar ibu telah lama redha tetapi perasaan ibu yang kerdil ini menuntut ibu sentiasa merindui kenangan bersama dulu. Abang miyo ibu stop dulu coretan ini buat mukadimah untuk tahun 2016 dan insyaallah ibu akan update gambar abg miyo yang dah remaja encemmm ibu nanti. hopefully abg miyo kat rumah baik-baik saja bersama kak farah, tok wan dan tok ma....miss u always.

Monday, 24 November 2014

2D3N KB-KL-KB

Bunyi macam pergi melancong, oh! no..no..no.. bagaimana pulak ibu nak tinggalkan abg miyo selama tempoh itu. Tak pernah pun ibu tinggalkan abg miyo semenjang abg sakit selama tempoh itu, sangat berat hati tetapi ibu terpaksa juga berkorbankan masa untuk daddy. Daddy akan melalui hari yang penuh bahagia dalam hidupnya. Siapa lagi orang paling terhampir dengan daddy kalau bukan ibu...lama ibu tak menulis, setakat hari ini tahun ini abg miyo telah Berjaya check in 6 selatan sebanyak 7 kali. Tak pecah lagi rekod abang pada tahun 2010 di mana sebanyak 20 kali abg miyo warded di Institut Pediatrik HKL. Kalau nak ingat balik saat itu tak ingin rasanya ibu nak layarkan balik segala memori pedih dulu...biarlah ia tersimpan saja dilubuk hati ibu yang paling dalam.

Melalut pulak ibu, this is my big day opsss daddy punya big day, bertungkus lumus, berhempas pulas, terduduk, tertonggeng dengan tiupan semangat dari ibu dan keluarga dan terutamanya rahmat dari Allah s.w.t, akhirnya daddy complete juga his study. Alhamdulillah syukur dengan kurniaanmu. Moga daddy semakin bersemangat mendidik anak bangsa dengan kepakaran yang ada ke arah kecermelangan dunia dan akhirat.

Gambar yang diabadikan oleh daddy bersama penyelianya, Prof Dr Maimun, Ibu dan Adik Amir Irfan di UKM.



 
 


Sememangnya 2D3N KB-KL-KB memerlukan perancangan yang teliti. Meninggalkan abg miyo dalam tempoh yang panjang itu memerlukan perancangan, kos kewangan dan juga contingency plan yang betul. Dalam tempoh tersebut juga ibu kena berbincang dengan ambulan st john, TQVM to Anis org kuat st john KB kerana menyakinkan ibu akan menolong membawa abg miyo ke husm sekiranya berlaku komplikasi semasa tempoh ketiadaan ibu, Abg Miyo dijaga oleh private nurse yang senang dipanggil kak eton selama 62 jam non stop sepanjang ketiadaan ibu ini juga. Alhamdulillah semuanya baik saja dan dua minggu selepas itu hehehehe..abg miyo Berjaya check in balik 6 selatan untuk menjadikan tahun ini masuk wad sebanyak 8 kali.
 

Tuesday, 13 May 2014

Warna-warni kehidupan...pasang surut abg miyo

Bersawang sudah sesawang ibu ni...mood takde, minda setengah je berfungsi..yang selebihnya penat memikirkan abg miyo...memikirkan bagaimana nak settle masalah kehidupan yang tak pernah sunyi dari masalah berat mahupun masalah kecil...ermmm...dah pun namanya manusia...mana pernah dapat lari dari masalahnya...moga Allah sentiasa memberi ketabahan di atas segalanya ujian dan dugaan hidupnya ini.

Bulan April - Mei 2014 ini banyak mengajar ibu banyak perkara...kesihatan abg miyo tak begitu baik bermula 16 April 2014. Seperti biasa abg miyo check in balik ke Wad 6 selatan paediatrik husm...masalah yang sama jangkitan paru-paru, demam dan batuk. Ibu ingatkan ianya check in sekejap je macam selalunya... ambil IV antibiotik 3 hari selepas tu sambung oral kat rumah bila Spo2 abg miyo more than 95% dan demam pulak settle... tup2x after 3 days abg miyo dalam bilik isolation...ibu rasa macam ada keganjilan dalam trakea abg miyo... sebagai ibu yang memg rutin duk suction abg miyo kelainan itu telah membawa ibu membuka mulut kat doktor ENT tentang masalah granulaton tissue yg selalu tumbuh di lubang trakea abg miyo. Doktor ENT telah membuat scope dalam lubang trakea abg miyo dan SAHHHH... tissue tumbuh lagi dalam trakea abg miyo ditempat yg sama selepas pembedahan membuangnya pada bulan Disember 2013 lalu...agak besar menutupi 60% daripada lubang tersebut.

Masalahnya...abg miyo dalam treatment IV antibiotik untuk masalah pneumonia dan tidak bagus untuk dibius kerana ada risiko untuk paru-parunya..tetapi membiarkan granulation tissue itu terlalu lama adalah lebih high risk kerana bila-bila masa juga abg miyo terdedah dengan masalah pernafasan sekiranya tissue itu tumbuh dengan cepat.  Doktor ENT HUSM ramai sangat yang baik hati...ibu terharu kerana mereka bersifat profesional, selalu menghargai dan mendengar pendapat parents biarpun mereka seorang doktor..itu ibu akuinya itu. Setelah berbincang dengan doktor mereka jangkakan pembedahan akan dilakukan dalam tempoh 4 hari iaitu selepas abg miyo complete antibiotiknya... Petang itu juga iaitu hari Isnin 21 April 2014 doktor bahagian Anes (Bius) datang untuk melihat condition abg miyo...dan dia menerangkan ibu kebaikan keburukan dan juga high risk yang mungkin berlaku kepada abg miyo kerana masalah pneumonia nya itu.

Apa yang ibu mampu buat???? selain bertawakal dan berdoa moga abg miyo kuat menjalani pembedahan dan Allah selamatkan abg miyo...segalanya kini ibu kena redha....hati ibu sudah kering untuk menangisi segalanya. Doktor Anes berkata sekiranya abg miyo ok dan tak demam operation akan dilakukan pada hari Khamis 24/4/2014...Ya Allah, permudahkan segala urusan kami dan jadikanlah kami orang-orang yang redha..

Bersambung..

Monday, 23 December 2013

Kisah Abang Miyo dan Ultramennya...

Banyak sudah keturunan ultramen yang abg miyo ada...Bermula dengan ultramen ultimate hero, galaxy, saga, neos, cosmos (hok paling abg miyo minat), tiga, nexus, dyana, gaia, mebius,...sori kalau ibu ada tertinggal...sememangnya i

Saturday, 14 December 2013


Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya ibu tidak menulis tentang kisah abang Miyo ini. Bulan Nov -Disember 2013 adalah bulan yang penuh dugaan buat kita abang miyo.. bermula trakee abg miyo block, pernafasan tak stabil 2 kali masuk ke red zone husm, tukar trakee di wad 4D hari sabtu, kemudian balik rumah..dapat panggilan kecemasan dari tokwe abg miyo muntah-muntah..ibu balik tengok abng miyo tarik nafas tersekat-sekat.. minta tolong pakcik sir kg lundang.. pakcik sir dating dalam hujan lebat nak bawa abg miyo ke kecemasan.. Bila pakcik sir sampai abg miyo Nampak sedikit ok so tak jadi bawa...tunggu daddy balik esoknya. Kemudian agaknya memang abg miyo nak tunggu daddy tak nak menyusahkan orang lain, abg miyo mulai sesak nafas balik ibu n daddy bawa ke kecemasan husm, abang miyo kena tahan dan warded 4 hari 18-22 November 2013. Selepas tu abang miyo balik rumah tapi kesihatan abang miyo tidak mengizinkan sangat dan cuma dapat bertahan sahaja. 1 Disember 2013 abg miyo kena tukar trakee di klinik ENT dan ibu mohon untuk berjumpa dengan Prof Suzi untuk memaklumkan yang ibu rasa ada keganjilan yang berlaku pada lubang trakeotomy abang miyo. Prof Suzi buat scope ke dalam trakea abang miyi and sah lubang trakea abg miyo tumboh tisu..alamak..ibu dah agak dah dengan pengalaman yang lama ibu care abg miyo about trakeotomy rupanya tekaan ibu adalah tepat. Tisu itu telah mula untuk menutupi lubang trakee abg miyo. TQVM kepada Prof Suzie yang sentiasa alert dengan maklumat dari ibubapa. So. plan seterusnya abg miyo kena admit ward keesokkan harinya 2 Disember 2013 dan 3hb Disember doctor plan untuk buat surgery buang tisu-tisu yang tumbuh di dalam lunbang trakea abg miyo tersebut. Abang Miyo kemudiannya dating ke ENT untuk warded keesokkan harinya..nak jadi cerita abg miyo tiba-tiba deman so doctor surgery kata kena warded dulu n tunggu biar demam abang miyo settle dulu baru boleh masuk OT. Kalut lagi ibu..cuti dah nak habis daddy kena outstation ke Medan so..ibu terpaksa pergi pujuk kakak ila anak kak yah yang baru berhenti kerja untuk jaga abang miyo kat ward. Nasib ibu baik, kak la setuju jaga abang miyo di hospital. Kak La pernah jaga abang miyo di wad masa tahun 2011 dahulu so ibu tak risau sangat, kak la dah pandai bagi ryle's tube feeding n suction abang miyo n itu yang utama bagi ibu..soal bayar upah ibu tak kisah..janji dia nak dan setuju buat kerja dengan ikhlas. Abang miyo start warded di wad 2 selatan dengan high grade fever..Plan kedua untuk masuk OT pada hari khamis 4 Disember kena postpone lagi sehingga abang miyo tak demam dan sihat. Abang miyo tinggal di wad 2 S selama 2 hari dan dipindahkan ke 6S sebab demam abg miyo tak nah kebah nak di 6S abg miyo duduk di bilik isolation untuk lebih care n insentif treatment yang lebih teliti. Abang miyo perlu complete 7 hari antibiotic secara IV dan bila demam dah settle baru plan untuk masuk OT. Sepanjang dalam wad 6 S banyak kali line abg miyo rosak n disebabkan urut abg miyo yang tenggelam menyukarkan doctor untuk dapatkan line..habis Lebam tangan dan kaki kiri kanan bekas cubaan injection, kesian abng miyo, hanya Allah saja yang tahu derita abang miyo. Abang miyo keletihan dan ada masanya abang miyo seakan redha dengan kesakitan dan tak mampu menangis lagi...ibu pun dah lama tak mampu menangis luaran..hanya hati ibu menjerit pedih lantaran dugaan dang keperitan yang abg miyo terpaksa tanggung. Akhirnya pada 10 Disenber 2011 Abg miyo selamat menjalani operation di trakeostomy dan pakar bius telah memaklumkan risiko-risiko yang mungkin berlaku disebabkan abg miyo ada pneumonia...nak tak nak ibu kena tandatangan juga borang kebenaran. Abg miyo masuk OT jam 2.30pm dan selesai di bilik pemulihan jam 5 petang. Sepanjang masa ibu dan kak la tunggu abg miyo di luar sehinggalah doctor panggil masuk jam 5 petang. keadaan abg miyo lemah..keletihan dan semasa nurse suction abng miyo... abg miyo muntah keluar darah-darah lama sehingga ibu panik Doktor inject ubat tahan muntah dan Nampak abng miyo stabil, Abang miyo dipindahkan ke wad 2 S pada jam 7 malam..tok we, tok ma, makcik za, adik, pakcik mengiringi abg miyo masuk ke Wad 2 S. Tok we menangis sebab tok we orang yang lembut hatinya. Masa time abang nak masuk OT pun kawan-kawan ibu dunia akhirat ada bersama...Auntie Nadzera, Elli, Aza Tiah, Zahira n Kak Ha ada bersama..kuat sikit hati ibu lantaran daddy di Medan. Kawan-kawan yang jauh semuanya mendoakan abng miyo..doa pun cukup memadai bagi ibu. Ada juga walaupun serumpun tapi tak terbuka hatinya untuk kenal abg miyo dari dekat, langsung endah tak endah dengan abang miyo...apa nak buat kan ibu tak paksa..sampai kena kat batang hidung sendiri barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Ada ubi ada batass kannn??? tapi ibu selalu dengar nasihat daddy "buat baik pada orang nescaya Allah balas baik pada kita". Kadangkala bila kita serumpun, ziarah orang yang sakit apatah lagi kanak-kanak terlantar seperti ini adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T.  Ibu berjanji pada diri ibu, semoga Allah sentiasa bukakan mata hati ibu untuk perihatin kanak-kanak, orang tua yang susah yang terlantar sakit, insyaallah...Allah telah bukakan hati ibu melalui abang miyo. Ibu doakan adik adam dan kanak-kanak berumur 8 tahun (adik dari pasir puteh) cepat sembuh dan tabahlah wahai hati-hati ibu yang cekal ini, insyaallah. Nanti ibu akan datang menyusul menziarahi mereka lagi. Hubungan bukan setakat di wad sahaja tapi ada masa ibu pasti akan mucul di wad 2S untuk melihat baby adam dan  adik tersebut lagi. Ibu nak tutup rasa hati yang terkilan dengan perangai mereka yang serumpun ini dan hidup dengan tenang tanpa rasa hati, tanpa duka dan tanpa rasa balas membalas. Insyaallah ada hikmat disebalik semua ini.

Saturday, 26 October 2013

"Abang Miyo...angkat kain dijemurannn, hari dah hujan"...

Hahaha...ingat cerita melayu klasik suatu masa dahulu, lupa tajuk apa, yang pasti dialog tu antara yang ibu suka sampai sekarang. Ya, sedar tak sedar 3 hari lagi, insyaallah kita akan bertemu bulan November. Ini bermakna sekali lagi musim tengkujuh akan berkunjung tiba, singgah sekejap di diari kehidupan abng miyo dan ibu. Tahun ini kita di rumah baru, ibu tak pasti kawasan kita ni bebas banjir atau tidak. Ibu dah tanya dengan jiran yang duduk lama kawasan ini, katanya naik sikit kat luar rumah...aduiiii janganlah nanti menyusahkan abang miyo. Ingat cerita kita di tahun 2011 semasa kita baru pindah dari KL dan ibu menyewa di Teluk Panji, huhuhu..air hujan naik sampai ke paha. Terkejut ibu sebab ibu keluar rumah pagi tu..air hanya penuh dalam longkang saja, tut2x bila balik mak aiii, air dah naik sampai ke paha. Pening ibu memikirkan macam mana nak bawa abg miyo keluar dari kawasan itu. dah larrr daddy duk KL. Nasib baik ibu ada kawan2x yang cukup prihatin. Nasib baik malam itu Ibu elly datang memberikan pertolongan bersama hubby dia. Sudahnya kita bermalam di rumah "home stay" ibu elly itu 2 malam. Nasib baik rezeki kita, ibu dapat rumah sewa baru di kg lundang. Tahun 2012 kita kat kg. lundang, kawasan bebas banjir, tapi tahun ni..di sini, di rumah baru kita, yang ibu belikan untuk sedikit keselesaan abg miyo, wallahua'llam, orang kata bebas banjir, cuma ada air hujan singgah sekejap saja. Harap-harap begitulah. Ibu harap abg miyo selesa di rumah kita, rumah kita sendiri, walaupun tak besar tapi cukuplah untuk kita yang berkeluarga kecil ini. Syukur ya Allah.