Saturday, 26 October 2013
"Abang Miyo...angkat kain dijemurannn, hari dah hujan"...
Hahaha...ingat cerita melayu klasik suatu masa dahulu, lupa tajuk apa, yang pasti dialog tu antara yang ibu suka sampai sekarang. Ya, sedar tak sedar 3 hari lagi, insyaallah kita akan bertemu bulan November. Ini bermakna sekali lagi musim tengkujuh akan berkunjung tiba, singgah sekejap di diari kehidupan abng miyo dan ibu. Tahun ini kita di rumah baru, ibu tak pasti kawasan kita ni bebas banjir atau tidak. Ibu dah tanya dengan jiran yang duduk lama kawasan ini, katanya naik sikit kat luar rumah...aduiiii janganlah nanti menyusahkan abang miyo. Ingat cerita kita di tahun 2011 semasa kita baru pindah dari KL dan ibu menyewa di Teluk Panji, huhuhu..air hujan naik sampai ke paha. Terkejut ibu sebab ibu keluar rumah pagi tu..air hanya penuh dalam longkang saja, tut2x bila balik mak aiii, air dah naik sampai ke paha. Pening ibu memikirkan macam mana nak bawa abg miyo keluar dari kawasan itu. dah larrr daddy duk KL. Nasib baik ibu ada kawan2x yang cukup prihatin. Nasib baik malam itu Ibu elly datang memberikan pertolongan bersama hubby dia. Sudahnya kita bermalam di rumah "home stay" ibu elly itu 2 malam. Nasib baik rezeki kita, ibu dapat rumah sewa baru di kg lundang. Tahun 2012 kita kat kg. lundang, kawasan bebas banjir, tapi tahun ni..di sini, di rumah baru kita, yang ibu belikan untuk sedikit keselesaan abg miyo, wallahua'llam, orang kata bebas banjir, cuma ada air hujan singgah sekejap saja. Harap-harap begitulah. Ibu harap abg miyo selesa di rumah kita, rumah kita sendiri, walaupun tak besar tapi cukuplah untuk kita yang berkeluarga kecil ini. Syukur ya Allah.
Monday, 21 October 2013
Assalamualaikum,abg miyo..
Entah kenapa hari ini di waktu ini ibu asyik ingatkan abg miyo di rumah. Abg miyo sedang buat apa tu? kalaulah ibu ada kuasa mata yang hebat boleh menembusi jalan sampai ke rumah..mesti best dapat tengok apa yang abang miyo sedang buat. Dan andainya abg ada kuasa suara yang juga hebat boleh menembusi saluran udara sehingga sampai ke pejabat ibu...dan panggil "ibuuuuuuuu", mesti best jugak kan???? Hari ini adik pang ada exam..katanya sains dan BI. Semalam kena paksa baca buku..dan siap buat soalan lagi kat abang miyo....Nak pecah perut ibu dengan gelagat abg miyo semalam..Soalan pertama mata pelajaran sains yang adik pang Tanya abang miyo 1. Buaya tu binatang ke atau tumbuhan? kalau buaya tu tumbuhan pejam mata...so abg miyo pejam mata, kalau buaya tu binatang pejam mata...so abg miyo pejam mata jugak...ibu tambah"sepuluh markah"...hehehe, 2. Pokok rambutan tu tumbuhan ke haiwan...kalau tumbuhan tutup mata..so abg miyo tutup mata lagi..kalau...belum sempat adik pang cakap haiwan abg miyo dah tutup mata...ibu tambah 20 markah lagi sebab terlalu bijak jawab soalan..hahahaha.. lucu ingatkan abg miyo, tapi hakikat sebenarnya ibu sedih kerana brain abang miyo dah damage, dulu abg miyo pelajar yang fast leaner, tapi kuasa Allah, takdir allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Abg miyo nothing di dunia..tapi di akhirat insyaallah abg miyo mendapat tempat istimewa si sisi pencipta, ALLAH S.W.T.
Abg Miyo...blog ini hanyalah catatan ibu untuk ibu abadikan segala kenangan bersama abg miyo, andainya ibu rindu, ibu selalu membuka dan membacanya. sekurang-kurangnya terubat hati ibu. Masa telah lama berlalu. Tahun berganti tahun..insyaallah panjang umur 2 bulan lagi kita akan menghampiri tahun 2014...Bila tiba 2 April setiap tahun..setiap kali juga harapan ibu punah...dan April tahundepan bermakna 5 tahun sudah berlalu, masih adakah keajaiban yang mungkin berlaku? Hanya Allah saja yang mengetahui dan ibu tetap mengharap...

Wednesday, 9 October 2013
Budak Ben10 Siang Mengantuk Malam Berjaga...
Aduiiiii...dia buat hal lagi...kadangkala abg miyo ini ada cycle larrr...kitaran bumi. 2-3 bulan malam tidur, 2-3 bulan plak tidur petang...sekarang ni, bulan Oktober ni entah monsoon mana dah singgah pagi tidur...malam berjaga. Pening kepala ibu..bila abang miyo tak tidur malam bermakna ibu terpaksa join jugak, ya lah..kejap2x kena suction abang..kejap2x kena angkat kepala abang atas bantal. Baru ibu nak lelap, abg miyo ekk..ek..ek..tau la tak kasi ibu tidur tapi bagi la ibu tidur jap. Tak kesian ke kat ibu...esok nak kerja, bawa kereta. Hari ni dek ibu termengantuk sangat ibu hampir tak dapat control kereta. Dah nak masuk parit air tepi sekolah adik pang. Mujurlah ibu cepat brek..pucat lesi ipang...tau takut budak tu..siap Tanya ibu.."Ibu ok ke? kalau tak jom balik sambung tidur" ewah2x anak ibu yg sorang ni... semalam dek kerana tak dapat tidur, boring punya pasal ibu habiskan sebungkus maggi goring..yup..cepat dimasak sedap dimakan..tak cukup dengan itu buat air milo cicah biskut, abg miyo layan Mr Bean, ibu layan cerita Hindustan yang hari sabtu hari tu..minta ipang record baru semalam dapat tengok best jugak cerita tu..Ibu ni bukan suka sangat layan cerita Hindustan tapi jalan cerita ni best plak..dapat layan sampai habis, cuma bila tiba part nyanyi tu cepat2x ibu forward kan..hahaha..lagu2x tak suka layan naik turun bukit, guling2x, pastu tukar baju...memg ibu tak suka layan. Hari ini adik pang kena jerit ngan ibu, lambat sangat duduk dalam bilik air, dah la guna bilik air ibu...muncung je keluar, rambut pun tak basah..apa mandi budak ni. Hari ni ibu lap je badan abg dgn towel yg dicelup air, esok daddy balik abg miyo boleh mandi puas2x. ibu dah tak larat nak angkat abang..berat sgt 30kg rasanya. ok abg miyo duduk elok2x ngan tok ma ya, jangan susahkan tok ma dan tokwan dan yang pasti jam ini abg miyo sedang dibuai mimpi, ben10 bertukar menjadi 4 arms...heheh
Mengapa itu harus terjadi...
Abg miyo, ibu tahu dari air muka, raut wajah dan kerlipan mata, abg miyo ingin katakan sesuatu, bukan mudah abg miyo untuk kita pertemukan abg miyo dengan seorang bernama "A". Seorang yang sepatut menjadi tunjang di dalam hati abg miyo. Abg Miyo lalui segala keperitan itu...andainya abg miyo dapat berbicara kembali, sudah pasti abg miyo dapat menceritakan kembali detik itu. Abang miyo, maafkan ibu andainya ibu jadi penghalang, tetapi ibu ada sebab mengapa? kenapa? Perkhabaran yang ibu dengar minggu lepas cukup menyayat hati...mengapa sampai ke situ jadinya? mengapa sampai begitu dia memilih jalan hidupnya..mengapa sampai jadi begitu? wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)