Monday, 23 December 2013
Kisah Abang Miyo dan Ultramennya...
Banyak sudah keturunan ultramen yang abg miyo ada...Bermula dengan ultramen ultimate hero, galaxy, saga, neos, cosmos (hok paling abg miyo minat), tiga, nexus, dyana, gaia, mebius,...sori kalau ibu ada tertinggal...sememangnya i
Saturday, 14 December 2013
Assalamualaikum w.b.t
Lama rasanya ibu tidak menulis tentang kisah abang Miyo ini. Bulan Nov -Disember 2013 adalah bulan yang penuh dugaan buat kita abang miyo.. bermula trakee abg miyo block, pernafasan tak stabil 2 kali masuk ke red zone husm, tukar trakee di wad 4D hari sabtu, kemudian balik rumah..dapat panggilan kecemasan dari tokwe abg miyo muntah-muntah..ibu balik tengok abng miyo tarik nafas tersekat-sekat.. minta tolong pakcik sir kg lundang.. pakcik sir dating dalam hujan lebat nak bawa abg miyo ke kecemasan.. Bila pakcik sir sampai abg miyo Nampak sedikit ok so tak jadi bawa...tunggu daddy balik esoknya. Kemudian agaknya memang abg miyo nak tunggu daddy tak nak menyusahkan orang lain, abg miyo mulai sesak nafas balik ibu n daddy bawa ke kecemasan husm, abang miyo kena tahan dan warded 4 hari 18-22 November 2013. Selepas tu abang miyo balik rumah tapi kesihatan abang miyo tidak mengizinkan sangat dan cuma dapat bertahan sahaja. 1 Disember 2013 abg miyo kena tukar trakee di klinik ENT dan ibu mohon untuk berjumpa dengan Prof Suzi untuk memaklumkan yang ibu rasa ada keganjilan yang berlaku pada lubang trakeotomy abang miyo. Prof Suzi buat scope ke dalam trakea abang miyi and sah lubang trakea abg miyo tumboh tisu..alamak..ibu dah agak dah dengan pengalaman yang lama ibu care abg miyo about trakeotomy rupanya tekaan ibu adalah tepat. Tisu itu telah mula untuk menutupi lubang trakee abg miyo. TQVM kepada Prof Suzie yang sentiasa alert dengan maklumat dari ibubapa. So. plan seterusnya abg miyo kena admit ward keesokkan harinya 2 Disember 2013 dan 3hb Disember doctor plan untuk buat surgery buang tisu-tisu yang tumbuh di dalam lunbang trakea abg miyo tersebut. Abang Miyo kemudiannya dating ke ENT untuk warded keesokkan harinya..nak jadi cerita abg miyo tiba-tiba deman so doctor surgery kata kena warded dulu n tunggu biar demam abang miyo settle dulu baru boleh masuk OT. Kalut lagi ibu..cuti dah nak habis daddy kena outstation ke Medan so..ibu terpaksa pergi pujuk kakak ila anak kak yah yang baru berhenti kerja untuk jaga abang miyo kat ward. Nasib ibu baik, kak la setuju jaga abang miyo di hospital. Kak La pernah jaga abang miyo di wad masa tahun 2011 dahulu so ibu tak risau sangat, kak la dah pandai bagi ryle's tube feeding n suction abang miyo n itu yang utama bagi ibu..soal bayar upah ibu tak kisah..janji dia nak dan setuju buat kerja dengan ikhlas. Abang miyo start warded di wad 2 selatan dengan high grade fever..Plan kedua untuk masuk OT pada hari khamis 4 Disember kena postpone lagi sehingga abang miyo tak demam dan sihat. Abang miyo tinggal di wad 2 S selama 2 hari dan dipindahkan ke 6S sebab demam abg miyo tak nah kebah nak di 6S abg miyo duduk di bilik isolation untuk lebih care n insentif treatment yang lebih teliti. Abang miyo perlu complete 7 hari antibiotic secara IV dan bila demam dah settle baru plan untuk masuk OT. Sepanjang dalam wad 6 S banyak kali line abg miyo rosak n disebabkan urut abg miyo yang tenggelam menyukarkan doctor untuk dapatkan line..habis Lebam tangan dan kaki kiri kanan bekas cubaan injection, kesian abng miyo, hanya Allah saja yang tahu derita abang miyo. Abang miyo keletihan dan ada masanya abang miyo seakan redha dengan kesakitan dan tak mampu menangis lagi...ibu pun dah lama tak mampu menangis luaran..hanya hati ibu menjerit pedih lantaran dugaan dang keperitan yang abg miyo terpaksa tanggung. Akhirnya pada 10 Disenber 2011 Abg miyo selamat menjalani operation di trakeostomy dan pakar bius telah memaklumkan risiko-risiko yang mungkin berlaku disebabkan abg miyo ada pneumonia...nak tak nak ibu kena tandatangan juga borang kebenaran. Abg miyo masuk OT jam 2.30pm dan selesai di bilik pemulihan jam 5 petang. Sepanjang masa ibu dan kak la tunggu abg miyo di luar sehinggalah doctor panggil masuk jam 5 petang. keadaan abg miyo lemah..keletihan dan semasa nurse suction abng miyo... abg miyo muntah keluar darah-darah lama sehingga ibu panik Doktor inject ubat tahan muntah dan Nampak abng miyo stabil, Abang miyo dipindahkan ke wad 2 S pada jam 7 malam..tok we, tok ma, makcik za, adik, pakcik mengiringi abg miyo masuk ke Wad 2 S. Tok we menangis sebab tok we orang yang lembut hatinya. Masa time abang nak masuk OT pun kawan-kawan ibu dunia akhirat ada bersama...Auntie Nadzera, Elli, Aza Tiah, Zahira n Kak Ha ada bersama..kuat sikit hati ibu lantaran daddy di Medan. Kawan-kawan yang jauh semuanya mendoakan abng miyo..doa pun cukup memadai bagi ibu. Ada juga walaupun serumpun tapi tak terbuka hatinya untuk kenal abg miyo dari dekat, langsung endah tak endah dengan abang miyo...apa nak buat kan ibu tak paksa..sampai kena kat batang hidung sendiri barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Ada ubi ada batass kannn??? tapi ibu selalu dengar nasihat daddy "buat baik pada orang nescaya Allah balas baik pada kita". Kadangkala bila kita serumpun, ziarah orang yang sakit apatah lagi kanak-kanak terlantar seperti ini adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T. Ibu berjanji pada diri ibu, semoga Allah sentiasa bukakan mata hati ibu untuk perihatin kanak-kanak, orang tua yang susah yang terlantar sakit, insyaallah...Allah telah bukakan hati ibu melalui abang miyo. Ibu doakan adik adam dan kanak-kanak berumur 8 tahun (adik dari pasir puteh) cepat sembuh dan tabahlah wahai hati-hati ibu yang cekal ini, insyaallah. Nanti ibu akan datang menyusul menziarahi mereka lagi. Hubungan bukan setakat di wad sahaja tapi ada masa ibu pasti akan mucul di wad 2S untuk melihat baby adam dan adik tersebut lagi. Ibu nak tutup rasa hati yang terkilan dengan perangai mereka yang serumpun ini dan hidup dengan tenang tanpa rasa hati, tanpa duka dan tanpa rasa balas membalas. Insyaallah ada hikmat disebalik semua ini.
Saturday, 26 October 2013
"Abang Miyo...angkat kain dijemurannn, hari dah hujan"...
Hahaha...ingat cerita melayu klasik suatu masa dahulu, lupa tajuk apa, yang pasti dialog tu antara yang ibu suka sampai sekarang. Ya, sedar tak sedar 3 hari lagi, insyaallah kita akan bertemu bulan November. Ini bermakna sekali lagi musim tengkujuh akan berkunjung tiba, singgah sekejap di diari kehidupan abng miyo dan ibu. Tahun ini kita di rumah baru, ibu tak pasti kawasan kita ni bebas banjir atau tidak. Ibu dah tanya dengan jiran yang duduk lama kawasan ini, katanya naik sikit kat luar rumah...aduiiii janganlah nanti menyusahkan abang miyo. Ingat cerita kita di tahun 2011 semasa kita baru pindah dari KL dan ibu menyewa di Teluk Panji, huhuhu..air hujan naik sampai ke paha. Terkejut ibu sebab ibu keluar rumah pagi tu..air hanya penuh dalam longkang saja, tut2x bila balik mak aiii, air dah naik sampai ke paha. Pening ibu memikirkan macam mana nak bawa abg miyo keluar dari kawasan itu. dah larrr daddy duk KL. Nasib baik ibu ada kawan2x yang cukup prihatin. Nasib baik malam itu Ibu elly datang memberikan pertolongan bersama hubby dia. Sudahnya kita bermalam di rumah "home stay" ibu elly itu 2 malam. Nasib baik rezeki kita, ibu dapat rumah sewa baru di kg lundang. Tahun 2012 kita kat kg. lundang, kawasan bebas banjir, tapi tahun ni..di sini, di rumah baru kita, yang ibu belikan untuk sedikit keselesaan abg miyo, wallahua'llam, orang kata bebas banjir, cuma ada air hujan singgah sekejap saja. Harap-harap begitulah. Ibu harap abg miyo selesa di rumah kita, rumah kita sendiri, walaupun tak besar tapi cukuplah untuk kita yang berkeluarga kecil ini. Syukur ya Allah.
Monday, 21 October 2013
Assalamualaikum,abg miyo..
Entah kenapa hari ini di waktu ini ibu asyik ingatkan abg miyo di rumah. Abg miyo sedang buat apa tu? kalaulah ibu ada kuasa mata yang hebat boleh menembusi jalan sampai ke rumah..mesti best dapat tengok apa yang abang miyo sedang buat. Dan andainya abg ada kuasa suara yang juga hebat boleh menembusi saluran udara sehingga sampai ke pejabat ibu...dan panggil "ibuuuuuuuu", mesti best jugak kan???? Hari ini adik pang ada exam..katanya sains dan BI. Semalam kena paksa baca buku..dan siap buat soalan lagi kat abang miyo....Nak pecah perut ibu dengan gelagat abg miyo semalam..Soalan pertama mata pelajaran sains yang adik pang Tanya abang miyo 1. Buaya tu binatang ke atau tumbuhan? kalau buaya tu tumbuhan pejam mata...so abg miyo pejam mata, kalau buaya tu binatang pejam mata...so abg miyo pejam mata jugak...ibu tambah"sepuluh markah"...hehehe, 2. Pokok rambutan tu tumbuhan ke haiwan...kalau tumbuhan tutup mata..so abg miyo tutup mata lagi..kalau...belum sempat adik pang cakap haiwan abg miyo dah tutup mata...ibu tambah 20 markah lagi sebab terlalu bijak jawab soalan..hahahaha.. lucu ingatkan abg miyo, tapi hakikat sebenarnya ibu sedih kerana brain abang miyo dah damage, dulu abg miyo pelajar yang fast leaner, tapi kuasa Allah, takdir allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Abg miyo nothing di dunia..tapi di akhirat insyaallah abg miyo mendapat tempat istimewa si sisi pencipta, ALLAH S.W.T.
Abg Miyo...blog ini hanyalah catatan ibu untuk ibu abadikan segala kenangan bersama abg miyo, andainya ibu rindu, ibu selalu membuka dan membacanya. sekurang-kurangnya terubat hati ibu. Masa telah lama berlalu. Tahun berganti tahun..insyaallah panjang umur 2 bulan lagi kita akan menghampiri tahun 2014...Bila tiba 2 April setiap tahun..setiap kali juga harapan ibu punah...dan April tahundepan bermakna 5 tahun sudah berlalu, masih adakah keajaiban yang mungkin berlaku? Hanya Allah saja yang mengetahui dan ibu tetap mengharap...

Wednesday, 9 October 2013
Budak Ben10 Siang Mengantuk Malam Berjaga...
Aduiiiii...dia buat hal lagi...kadangkala abg miyo ini ada cycle larrr...kitaran bumi. 2-3 bulan malam tidur, 2-3 bulan plak tidur petang...sekarang ni, bulan Oktober ni entah monsoon mana dah singgah pagi tidur...malam berjaga. Pening kepala ibu..bila abang miyo tak tidur malam bermakna ibu terpaksa join jugak, ya lah..kejap2x kena suction abang..kejap2x kena angkat kepala abang atas bantal. Baru ibu nak lelap, abg miyo ekk..ek..ek..tau la tak kasi ibu tidur tapi bagi la ibu tidur jap. Tak kesian ke kat ibu...esok nak kerja, bawa kereta. Hari ni dek ibu termengantuk sangat ibu hampir tak dapat control kereta. Dah nak masuk parit air tepi sekolah adik pang. Mujurlah ibu cepat brek..pucat lesi ipang...tau takut budak tu..siap Tanya ibu.."Ibu ok ke? kalau tak jom balik sambung tidur" ewah2x anak ibu yg sorang ni... semalam dek kerana tak dapat tidur, boring punya pasal ibu habiskan sebungkus maggi goring..yup..cepat dimasak sedap dimakan..tak cukup dengan itu buat air milo cicah biskut, abg miyo layan Mr Bean, ibu layan cerita Hindustan yang hari sabtu hari tu..minta ipang record baru semalam dapat tengok best jugak cerita tu..Ibu ni bukan suka sangat layan cerita Hindustan tapi jalan cerita ni best plak..dapat layan sampai habis, cuma bila tiba part nyanyi tu cepat2x ibu forward kan..hahaha..lagu2x tak suka layan naik turun bukit, guling2x, pastu tukar baju...memg ibu tak suka layan. Hari ini adik pang kena jerit ngan ibu, lambat sangat duduk dalam bilik air, dah la guna bilik air ibu...muncung je keluar, rambut pun tak basah..apa mandi budak ni. Hari ni ibu lap je badan abg dgn towel yg dicelup air, esok daddy balik abg miyo boleh mandi puas2x. ibu dah tak larat nak angkat abang..berat sgt 30kg rasanya. ok abg miyo duduk elok2x ngan tok ma ya, jangan susahkan tok ma dan tokwan dan yang pasti jam ini abg miyo sedang dibuai mimpi, ben10 bertukar menjadi 4 arms...heheh
Mengapa itu harus terjadi...
Abg miyo, ibu tahu dari air muka, raut wajah dan kerlipan mata, abg miyo ingin katakan sesuatu, bukan mudah abg miyo untuk kita pertemukan abg miyo dengan seorang bernama "A". Seorang yang sepatut menjadi tunjang di dalam hati abg miyo. Abg Miyo lalui segala keperitan itu...andainya abg miyo dapat berbicara kembali, sudah pasti abg miyo dapat menceritakan kembali detik itu. Abang miyo, maafkan ibu andainya ibu jadi penghalang, tetapi ibu ada sebab mengapa? kenapa? Perkhabaran yang ibu dengar minggu lepas cukup menyayat hati...mengapa sampai ke situ jadinya? mengapa sampai begitu dia memilih jalan hidupnya..mengapa sampai jadi begitu? wallahua'lam...
Wednesday, 21 August 2013
Selamat hari raya Eidulfitri 2013 Abg Miyo
Seperti biasa biarlah gambar berbicara..Ramai sgt tetamu datang n melawat abg miyo. Ibu risau gak takut bila ramai pelawat datang abg kena infection macam raya tahun 2009, tapi ibu dah bekalkan mask pada sesiapa yg dapat batuk atau selsema. Ibu tak tergamak nak cakap kat tetamu " tak boleh lawat abg miyo". Ini satu penghargaan bermakna ramai sebenarnya sayang kat anak ibu yang seorang ini. Macam tahun-tahun sudah, banyak sangat duit raya yang abg miyo dapat, ribu raban, insyaallah ibu akan gunakan untuk keperluan abg miyo.rezeki abg miyo kan...kata orang rezeki jangan ditolak...Alhamdulillah, terima kasih pada uncle n auntie semua.
Keluarga kita keluarga abg miyo... purple time
Turn Adik pang plak pakai sampin
Ibu n Daddy
Ibu posing lagi ngan daddy
Abg Miyo baring plak
Abg Miyo nak susu larr ibu
Relax tunggu ibu wat susu...no biskut raya or juadah raya, only ensure vanilla
Dah buka baju..mau tidur sudah..
Keluarga kita keluarga abg miyo... purple time
Daddy siapkan abg miyo
Semua berebut nak siapkan abg miyo..kan ibu dah cakap abg miyo keutamaan keluargaTurn Adik pang plak pakai sampin
Ibu n Daddy
Ibu posing lagi ngan daddy
Abg Miyo baring plak
Abg Miyo nak susu larr ibu
Relax tunggu ibu wat susu...no biskut raya or juadah raya, only ensure vanilla
Dah buka baju..mau tidur sudah..
Tidur sudah abg miyo...Masa ini ibu keluar ke rumah nenek Tanah merah.
Monday, 5 August 2013
Saat yang dinanti...
Hari ini Alhamdulillah, ibu masih datang kerja, tak mahu ambil cuti awal, setiap bilangan cuti yang ibu ada ibu kena hargai. Abang miyo bukan suka bagi signal bila masa dia nak warded, jadi ibu perlu hargai setiap cuti yang ibu ada untuk keperluan abang miyo.
Pagi ini ayah mi dah sampai, sama-sama beraya ngan abang miyo. Ayah mi tempat abang main gaduh-gaduh. Ayah mi cakap abang miyo anak saudara ayah mi yang paling ayah mi sayang. Banyak kenangan ayah mi dengan abang miyo masa abang masih normal dulu. Hari ini bertambah bilangan ahli keluarga yang boleh jaga abang miyo. Ini masanya ibu nak berhulalala...hehehe...iyolah tuuuu..tak de maknanya...tanpa abang miyo disisi.
Hari ini rumah kita meriahlah sebab ayah mi ngan ayah man sekeluarga akan sama-sama berbuka puasa kat sini. Ibu rasa macam nak masak, ibu dah beli 4 ekor ikan siakap kat TESCO tapi....ishhhhh...itu ini begitu begini blalalalala...so rasanya kat kodailah kito memasaknyeee.. Masa beli ikan tu pun macam caya tak percaya jah kak su ni...hehehe..
Abang miyo berehat ya, masa ibu datang kerja jam 7.30 am tadi abang miyo tak bangun lagi...kemain tidur ya. takpelah abang miyo tidurlah dulu nanti ramai yang akan melayan bila abang bangun nanti.

Sunday, 4 August 2013
Mood Raya Sudah Mari...Abg Miyo Senyum Memanjang...
Semalam kat ENT Klinik, berkumadang lagu raya, semua orang dalam mood raya, doktor, nurse, patient dan seorang budak yang baru potong rambut, tak lain tak bukan abg miyo semuanya senyum...sweet sangat. Hari ini doktor yang tukar trakee abg miyo pun sweet je..nurse yang tolg pun sweet jgk, yang ambil appointment pun sweet jugak, driver YOKUK abang miyo pun sweet jgk..hehehehe...semuanya ibu tgk sweet saja.Opssss...lupa pulak ibu pun sweet jugak sebab daddy dah balik, so...ibu tak adalah menguruskan abg miyo seorang diri...
Semalam ibu tinggalkan abg miyo dekat tok ma dan tok wan sebab ibu ziarah nenek Tanah merah, berbuka puasa di sana bersama umi, abg lokman, an dan tok ma. Balik rumah abg miyo masam jeee...siap jelling kat ibu plak. Ibu tau abang miyo marah dan merajuk. Lepas ibu belai-belai abang miyo kembali sweet plak. Tapi...yang tak sweetnya abang miyo tak nak tidur..jenuh ibu urut kening abg miyo, usap rambut abg miyo tapi tak nak tidur jgk...Ibu pun tak tahu jam berapa abg miyo tidur sebab ibu dah terlelap..masa ibu bangun jam 1.30 am untuk bagi feeding abg, abg dah terlentuk tidur...so sweet....
Kononnya nak bangun solat ngan daddy jam 3 pagi tut2x tok wan kejut sahur jam 5 pagi..ayoyoyo,.. sudah lambat, makan apa yang ada saja. Adik pang pun minum milo saja. tok wan minum hohoho horlick, ibu, daddy ngan tok ma belasah nasi jgk...Abg miyo sahur ngan susu ensure jam 5.30 pagi. Pagi ini ibu kerja awal, lega hati sebab daddy boleh jaga abang ngan tok wan dan tok ma. Adik pang pun boleh temankan abg miyo sebab cuti sekolah dah bermula.
ok lah abang miyo, seperti biasa tunggu ibu balik jam 5 petang kita wat exercise...muaaaahhh sayang abang miyo.

Wednesday, 31 July 2013
Biar gambar berbicara...kisah hati kita...
Kata orang kadangkala melalui gambar lebih menceritakan segalanya..macam kita buat summary by statistic figure..dari kita karang ayat berjela-jela. Moga gambar-gambar ini bukan saja terpapar di blog ini tapi ianya kekal selamanya terpahat di sudut hati ibu yang paling dalam..abg Miyo ibu, anak syurga...insyaallah.
Di pengsankan menggunakan sedative...pernafasan by ventilator
Alhamdulillah.. recovery..tq ALLAH..
Semakin sihat...
Abang miyo yang manja... rezeki ibu masih ada dengan abg miyo, alhamdulillah
Masa for outing...wpun jalan-jalan kat hospital je..after change his trakeostomy at ENT
Kisah Ice cream solero split... feberat abg miyo masa dolu2x...
Stimulate...masyaALLAH dia masih mengingati feberatnya...
sleeping beauty..seksisss..Tidur lena...Jadual bertukar siang tidur malam jaga..yang huru hara adalah ibu..huhuhu...
Kan dah kata bila malam sengih..sengih..ibu pulak tersengguk2x...
Kadangkala abg miyo merengek nak tidur katil ibu..
Ibu Alaskan kain batik supaya belakang abang serap peluh, tilam air circulation abang tu kadangkala panas gak..
Suka larr tu kalau ibu ada hari minggu layan dia..
Nak sama tinggi ngan ibu sudahhh..
Hari minggu adik pang pun boleh layan..
Suka larrr tu game Ben10 dia...
Adik pang yang sayang sokmo kat abg miyo
Abg miyo keluar paper Metro 17 Januari 2011, kalut ibu jawab telefon seluruh Malaysia. Terima kasih atas keperihatinan rakyat Malaysia.
Warded lagi...pneumonia kali tidak kurang hebatnya..
Abg miyo di bilik isolation...tak boleh duduk kad luar..
Ha....inilah lagu kegemaran abg miyo..lagu cup cake ASTRO CERIA
Adik pang dah pandai suction..yeaaa3x boleh tolong ibu...wpun pandai tapi ibu tak bagi buat kalau ibu tak pantau..silap2x tercabut anak tekak abang tu..nauzubillah..
Baru discaj ward..seronok tidur rumah...
Tuesday, 30 July 2013
Koleksi Suction Pump Abang Miyo
Semalam ibu dapat panggilan telefon daripada Tok Ma mengatakan mesin suction abang tak function...Why???? baru sebulan je ibu hantar service kat Maycare, so dengan bergegasnya ibu pulang tengok apa sebenarnya berlaku kepada mesin tersebut. Oh..No..no..no... tok ma salah pasang tube dia in and out so..apa lagi air sudah masuk kat motor dia...rosakkk sudah. Alahai..abang miyo plak dari pagi banyak betul kahaknya so kalau tak sedut lemaslah dia nanti... telefon Maycare tanya mesin suction yang satu lagi yang baru je ibu hantar service dah siap ke atau tak? Org Maycare kata o.t.w tapi bila nak dapat? Tiada kata putus, tak de nombor driver katanya... Ayoyo..cam mana ni? tak kan nak kena beli satu lagi sedangkan abang miyo dah ada dua suction pump ni? Ibu puas fikir..fikir...dan fikir lagi akhirnya selesai sudah pembelian mesin suction yang baru berwarna putih menjadikan koleksi abng miyo dah dah ada 3 buah...Nak jadi cerita baru je selesai urusan pembelian...tiba-tiba lori yang bawa suction pump abang tu sampai...adishhh...adish...nak gelak pun ada, nak nangis pun ada...hehehe..ibu dengan frustnya telefon daddy...dan seperti biasa daddy cool dengan jawapan cool dia, "setiap apa yang Allah aturkan itu ada rahmat dan hikmatnya"...so, tak jadilah ibu nak frust melalut banyak-banyak disebabkan terpaksa mengorbankan RM pagi-pagi nan syahdu semalam. Alkisah abang miyo.

Monday, 29 July 2013
Alhamdulillah pada pagi yang barakah ini di bulan yang penuh kemuliaan, ibu ada sedikit ruang untuk menulis, menulis sekadar untuk mengingatkan ibu pada setiap saat bersama abang miyo...mana ni ibu nak mulakan dulu ni, hari ini ibu sampai awal di pejabat, lepas bagi feeding abang jam 1.45am semalam sukarnya ibu nak lelapkan mata. Sama bulat mata ibu dan mata abang miyo..hehehe..macam biasa ibu setting TV dalam bilik tu padam jam 2.00 am, kalau abang dah bangun memang bising mulut suara abang..ibu tahu walaupun hanya suara arghhh..arghh..itulah tandanya abg miyo minta dibuka kembali siaran CERIA kegemaran abang. Bila ibu dah buka TV, ahaaa..senyaplah abg miyo..bukan abg miyo layan pun tapi mesti kena pasang jugak at least abang miyo dengar suara kartun pun jadilah...sebijik perangai zaman abang normal dulu, selalu kena bebel kat ibu sebab pasang TV tapi abg miyo sibuk ngan mainan abg miyo..kalau ibu tutp memang siaplah ibu..hehehe..kenangan lagi.
Bila mata tak mengantuk, ibu keluar bilik ke dapur, panaskan nasi, masak sardine ngan telur goreng dadar..itulah juadah sahur yang seringkas boleh ibu sediakan untuk adik pang, ok lah adik pang bukan makan banyak pung. Alhamdulillah adik pang still puasa penuh until now. Syabas Amir Irfan. Tapi..ada janji yang dinanti, ada janji yang ditabur oleh ibu, tok wan dan tok ma..bias dituntut di hari raya.. Hari Jumaat ini insyaallah daddy balik..yeaaaah3x. Daddy dah start cuti raya. Banyak assignment daddy ibu dah longgokan kat rumah TUNGGU... Semua kerja external rumah daddy kena langsai, ibu ambil part internal je. alahai andainya abg miyo sihat pasti dah boleh harap tolong daddy cuci longkang, kemas-kemas sikit ya. takpe la bang, ibu tak kisah pun. Bagi ibu cukuplah permata hati ibu ini sihat dan senang untuk ibu uruskan abang miyo.
Seminggu lagi kita dah nak sambut raya beerti ramadhan bakal kita tinggalkan, semoga ibadah ibu dalam menguruskan abang seharian ikhlas dan diredhai Allah. Walaupun jadual ibu tak sama macam orang lain..tapi ibu pasti kiranya ibu ikhlas pasti ada ganjaran dari DIA, insyaallah. Tahun ni insyaallah ibu dah sediakan sepasang baju melayu direka khas oleh Cik Pah warna purple. Kenapa ibu kata direka khas? Sebab abang miyo kena pakai baju yang berbutang disebabkan trakee abg miyo itu.Insyaallah panjang umur, tema kita tahun ini purple. Walaupun ibu tak pasti abang miyo dapat merasainya..tapi ibu tak pernah anggap abang patung bernyawa..ibu pasti melayan abng miyo seolah-olah 4 tahun dahulu semasa abang masih normal. Itulah ubat yang paling mujarab buat ibu.
Tak banyak ibu prepare untuk raya, juadah raya pun semua ibu tempah saja, mana ada masa untuk ibu masak...masa ibu terhad, yang terhad itulah ibu gunakan untuk abang miyo dan adik pang. Insyaallah ramai saudara dan kawan-kawan ibu datang. Mereka semua pasti cakap abang makin temban. Aha...doctor pun cakap abang makin gemuk opsss marah abang kalau panggil gem...sebenarnya abg miyo macho..hehehe... Sangat seronok bila semua doctor dan staffnurse mesra ngan abang miyo. Alhamdulillah rezeki abang miyo..sebab Nampak semuanya belas kasihan kat abg miyo.
ok lah abng miyo, jangan banyak kerenah kat rumah ya. tunggu ibu balik nanti kita buat exercise. salam sayang dari ibu juta..juta...juta.. muahhhhh.

Sunday, 14 July 2013
Assalamualaikum...
Alhamdulillah nak dijadikan cerita pagi ini dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ini ibu ingat balik password sesawang ini. Rasanya masa yang terluang ini ingin ibu coretkan sedikit perjalanan abang miyo sehingga hari ini. Pada bulan November 2012 abang miyo dimasukkan ke HDU kerana mendapat pneumonia, both side pada lung dia. Teruk sangat abang miyo masa tu. Abang miyo dipengsan oleh doctor supaya dapat merehatkan abg miyo dari batuk yang kronik. Selama 2 hari abang miyo memakai ventilator kerana kekurangan oksigen yang mendadak. Ibu betul-betul pasrah ketika itu. Pada hari berikutnya disebabkan ventilator itu juga nyawa abg miyo hamper melayang. Saranan seorang doctor supaya tidak menyedut kahak abg miyo melalui trakee sepanjang pemakaian ventilator itu menyebabkan trakee abg miyo tersumbat. kahak yang terkumpul mengeras dan menyebabkan abg miyo semakin tidak dapat bernafas. Ibu panik, daddy suruh ibu keluar, ibu keluar sementara doctor menukar trakee baru abg miyo. Ibu keluar mencari satu sudut yang orang tak lalu lalang, ibu menangis, ibu takut, ibu penjamkan mata, ibu berkata dalam hati" andai masa itu telah tiba ibu mohon ya Allah jadikan ibu seorang ibu yang redha, walaupun untuk melepaskan sesuatu yang paling berharga dalam hidup ibu tapi ibu terpaksa akur ibu hanya pinjam abang dan andainya sudah tiba masa pemilik abang ingin menjemput abang, ibu kena redha walaupun payah sekali untuk ibu melaluinya. Abang..ibu tahu abang kuat, abang sangat sayangkan ibu, abang selalu ungkapkan pada ibu saying ibu juta..juta..juta. Ibu tahu abang pantang maut sebelum ajal..ibu pasti abang dapat harungi. Alhamdulillah, selepas kejadian itu abg miyo kembali pulih, sihat, ceria dan makin gemuk. Anak syurga ibu ini makin tinggi dah melepasi bahu ibu. Andainya abang miyo dapat berjalan pasti ibu bangga kerana anak ibu sudah besar, sudah 10 tahun umur abg miyo.
Adik pang sekarang pun sudah darjah dua, Alhamdulillah banyak sudah dia membantu ibu menguruskan abg miyo. Sudah pandai bagi susu kat abg miyo, suction kahak abg miyo. Alhamdulillah adik pang puasa penuh sehingga hari ini. Nampaknya dia cepat matang dari usianya. Mungkin dia juga banyak melalui pengalaman bersama abg miyo wpun tidak secara langsung.
Abang miyo pun dah ada katil baru, Alhamdulillah. Katil Hospital yang ibu belikan di Maycare memang banyak membantu abg miyo seharian di rumah. Rezeki abg miyo katakana. Sudah lama ibu ingin membelikannya tapi baru kini tercapai hajat ibu, senang ibu lihat abg miyo baring dalam keadaan selesa.
Ada masa nanti ibu akan uploadkan gambar-gambar terkini abg miyo ya. tapi sebelum tu ibu nak upload satu gambar hari raya tahun 2012 yang tema hijau tu..hehehe, wpun dah basi nak upload jugak sebelum raya aidilfitri 2013 menjelma. Ok lah selamat berpuasa dan jadikan bulan yang mulia ini untuk lebih beramal kebajikan dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Subscribe to:
Posts (Atom)