Wednesday, 21 August 2013

Selamat hari raya Eidulfitri 2013 Abg Miyo

Seperti biasa biarlah gambar berbicara..Ramai sgt tetamu datang n melawat abg miyo. Ibu risau gak takut bila ramai pelawat datang abg kena infection macam raya tahun 2009, tapi ibu dah bekalkan mask pada sesiapa yg dapat batuk atau selsema. Ibu tak tergamak nak cakap kat tetamu " tak boleh lawat abg miyo". Ini satu penghargaan bermakna ramai sebenarnya sayang kat anak ibu yang seorang ini. Macam tahun-tahun sudah, banyak sangat duit raya yang abg miyo dapat, ribu raban, insyaallah ibu akan gunakan untuk keperluan abg miyo.rezeki abg miyo kan...kata orang rezeki jangan ditolak...Alhamdulillah, terima kasih pada uncle n auntie semua.


 Keluarga kita keluarga abg miyo... purple time
Daddy siapkan abg miyo
 Semua berebut nak siapkan abg miyo..kan ibu dah cakap abg miyo keutamaan keluarga
 Turn Adik pang plak pakai sampin
 Ibu n Daddy
 Ibu posing lagi ngan daddy
 Abg Miyo baring plak
 Abg Miyo nak susu larr ibu
 Relax tunggu ibu wat susu...no biskut raya or juadah raya, only ensure vanilla
 Dah buka baju..mau tidur sudah..
Tidur sudah abg miyo...Masa ini ibu keluar ke rumah nenek Tanah merah.
 

Monday, 5 August 2013

Saat yang dinanti...

Hari ini Alhamdulillah, ibu masih datang kerja, tak mahu ambil cuti awal, setiap bilangan cuti yang ibu ada ibu kena hargai. Abang miyo bukan suka bagi signal bila masa dia nak warded, jadi ibu perlu hargai setiap cuti yang ibu ada untuk keperluan abang miyo.

Pagi ini ayah mi  dah sampai, sama-sama beraya ngan abang miyo. Ayah mi tempat abang main gaduh-gaduh. Ayah mi cakap abang miyo anak saudara ayah mi yang paling ayah mi sayang. Banyak kenangan ayah mi dengan abang miyo masa abang masih normal dulu. Hari ini bertambah bilangan ahli keluarga yang boleh jaga abang miyo. Ini masanya ibu nak berhulalala...hehehe...iyolah tuuuu..tak de maknanya...tanpa abang miyo disisi.

Hari ini rumah kita meriahlah sebab ayah mi ngan ayah man sekeluarga akan sama-sama berbuka puasa kat sini. Ibu rasa macam nak masak, ibu dah beli 4 ekor ikan siakap kat TESCO tapi....ishhhhh...itu ini begitu begini blalalalala...so rasanya kat kodailah kito memasaknyeee.. Masa beli ikan tu pun macam caya tak percaya jah kak su ni...hehehe..

Abang miyo berehat ya, masa ibu datang kerja jam 7.30 am tadi abang miyo tak bangun lagi...kemain tidur ya. takpelah abang miyo tidurlah dulu nanti ramai yang akan melayan bila abang bangun nanti.

Sunday, 4 August 2013

Mood Raya Sudah Mari...Abg Miyo Senyum Memanjang...

Semalam kat ENT Klinik, berkumadang lagu raya, semua orang dalam mood raya, doktor, nurse, patient dan seorang budak yang baru potong rambut, tak lain tak bukan abg miyo semuanya senyum...sweet sangat. Hari ini doktor yang tukar trakee abg miyo pun sweet je..nurse yang tolg pun sweet jgk, yang ambil appointment pun sweet jugak, driver YOKUK abang miyo pun sweet jgk..hehehehe...semuanya ibu tgk sweet saja.Opssss...lupa pulak ibu pun sweet jugak sebab daddy dah balik, so...ibu tak adalah menguruskan abg miyo seorang diri...

Semalam ibu tinggalkan abg miyo dekat tok ma dan tok wan sebab ibu ziarah nenek Tanah merah, berbuka puasa di sana bersama umi, abg lokman, an dan tok ma. Balik rumah abg miyo masam jeee...siap jelling kat ibu plak. Ibu tau abang miyo marah dan merajuk. Lepas ibu belai-belai abang miyo kembali sweet plak. Tapi...yang tak sweetnya abang miyo tak nak tidur..jenuh ibu urut kening abg miyo, usap rambut abg miyo tapi tak nak tidur jgk...Ibu pun tak tahu jam berapa abg miyo tidur sebab ibu dah terlelap..masa ibu bangun jam 1.30 am untuk bagi feeding abg, abg dah terlentuk tidur...so sweet....

Kononnya nak bangun solat ngan daddy jam 3 pagi tut2x tok wan kejut sahur jam 5 pagi..ayoyoyo,.. sudah lambat, makan apa yang ada saja. Adik pang pun minum milo saja. tok wan minum hohoho  horlick, ibu, daddy ngan tok ma belasah nasi jgk...Abg miyo sahur ngan susu ensure jam 5.30 pagi. Pagi ini ibu kerja awal, lega hati sebab daddy boleh jaga abang ngan tok wan dan tok ma. Adik pang pun boleh temankan abg miyo sebab cuti sekolah dah bermula.

ok lah abang miyo, seperti biasa tunggu ibu balik jam 5 petang kita wat exercise...muaaaahhh sayang abang miyo.