Hari ini abang miyo kena pergi klinik ENT utk tukar trakee baru..macam biasa ibu kena pergi kerja dulu..check in keje isi borg kebenaran keluar pejabat dan balik rumah untuk uruskan abang sebelum ambulance BSM sampai. Ibu sampai umah pukul 9.30 pagi. Ermmmm sempat lagi nak siapkan abang miyo kasi ensemm skit, almaklumlah abang miyo kat rumah pakai diapers je, bila nak pergi hospital baru melaram sikit. hari ni abang miyo pakai short bermuda cokelat dan baju kemeja merah. Lama sangat abang miyo kat dalam bilik doktor ditemani tok wan. Ibu plak berkejar ke farmasi untuk daftar ubat clorol hydrate abang miyo yang dah habis stok kat rumah. Pukul 12.30 selesai kerja di klinik ENT dan abang miyo balik ke rumah bersama ibu dan tok wan dengan ambulance BSM. Balik dari hospital ibu kena kembali ke hospital sebab bancuhan ubat abang tu lambat siap. Lepas ambil bekalan ubat tersebut ibu berkejar plak ke pejabat dan jam sudah menunjukkan pukul 3.20 petang. jap lagi pukul 5 ibu nak bertolak pulang ke rumah plak. Hari ini cuaca diluar cukup panas dan ibu rasa amat penat..tapi demi abang miyo ibu akan lakukan segalanya walaupun aduhaiiii penatnya hari ni..
Sunday, 21 August 2011
Monday, 15 August 2011
Ya Rabbi..bagaikan tercabut nyawaku...
Abang miyo..kenapa nak? kenapa tiba-tiba abang miyo batuk tak berhenti semalam? Abang miyo...semuanya salah ibu, ibu tak sempat nak dudukkan abang miyo sejam dua atas wheelchair abang, tu sebabnya kahak abang banyak dalam paru-paru...Maafkan ibu, ibu cuai, bukan ibu sengaja..tetapi masa terlalu mencemburui ibu. Banyak benda dalam fikiran ibu..semua ibu kena buat bang. maafkan ibu..Ibu janji balik kerja hari ini ibu dudukkan abang miyo ya..
Semalam abang miyo batuk sampai biru..kahak abang miyo melekat di paru paru..macam-macam ibu buat untuk lepaskan kahak tersebut, hampir sejam ibu jadi paramedik tak bertauliah..sejam ibu jadi doktor yang takde sijil, sejam lamanya ibu jadi nurse yang takde asas...arghhhhh ibu tak kisah sebab ibu tahu ibu hanya inginkan abang selamat. Ya rabbi..sejam berlalu abang lena dalam kepenatan dan ibu hampir rasa tercabut nyawa..Abang miyo..sayang.
Semalam abang miyo batuk sampai biru..kahak abang miyo melekat di paru paru..macam-macam ibu buat untuk lepaskan kahak tersebut, hampir sejam ibu jadi paramedik tak bertauliah..sejam ibu jadi doktor yang takde sijil, sejam lamanya ibu jadi nurse yang takde asas...arghhhhh ibu tak kisah sebab ibu tahu ibu hanya inginkan abang selamat. Ya rabbi..sejam berlalu abang lena dalam kepenatan dan ibu hampir rasa tercabut nyawa..Abang miyo..sayang.
Sehingga 12 tghari....
Pagi ni masuk lambat kat ofis, tunggu abang miyo bangun, semalam abang miyo tidur lambat. Hampir jam 1 pagi baru abang miyo lelap, tu pun ibu kena naik katil abang miyo dan peluk kalau tak..entah jam berapa baru nak tidur. Abang Miyo manja la katakan. Pagi ni abang miyo bangun pukul 7.30 pagi. Lepas ibu bersihkan abang, pakaikan diapers baru, dan buat simple exercise utk abang miyo, ibu buatkan susu untuk abang. Ibu hantar adik pang ke sekolah sementara tok ma bagi susu melalui tiub feeding. Abang miyo tentu lapar kan? Hanya susu ensure saja yang abang terpaksa penuhi perut abang sejak 2 tahun setengah yang lalu...mana lagi abang miyo jumpa nasi kukus ayam dara Pok Nik selayang kegemaran abang dulu-dulu..mexico bread? KFC, MCD?...entahla abang miyo..hanya Allah yang tah betapa ibu sangat sedih, tapi ibu kena redha. Selepas hantar adik ke sekolah ibu terus pulang ke rumah kerana hari ini abang miyo ada TAC dgn klinik pakar ENT, untuk rutin 2 minggu sekali. Abang miyo kena tukar trakee baru hari ni. Baru je ibu keluar dari kereta, ambulan bulan sabit merah yang selalu ambil dan hantar abang kerumah call cakap hari ni ayah uncle zikri tak sihat so..ibu kena postpond la TAC gayanya. Ibu terus ke Hospital dan tunda ke tarikh baru nextweek. Kemudian ibu ke klinik pakar neurology untuk mengambil surat sokongan dari pakar diet abang miyo dan seterusnya mengambil ubat chlorol hydrate abng di farmasi. Ibu lihat jam..Arghhh dah pukul 11.30 pagi dan ibu harus ke pejabat segera. Ibu pulang untuk hantar adik balik dan terus berkejar ke pejabat..jam sudah menunjukkan 12 tgh hari... alkisahnya.
Saturday, 13 August 2011
Inilah kehidupan...wajah-wajah Abang Miyo
Wajah ceria abang miyo sebelum sakit
6 bulan sebelum terlantar..happy sangat dia... kat airport KB to KL
6 bulan sebelum terlantar..happy sangat dia... kat airport KB to KL
Masa begitu pantas berlalu...sedar tak sedar hari ini genap 14 hari kita berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini dan untuk tiga tahun berturut-turut amirul atau nama panggilan manja di rumah..abang miyo terlantar kaku. Tubuh abang miyo tak mampu bergerak dari leher ke bawah. Abang miyo terpaksa baring sementara menunggu ibu pulang dari kerja jam 5 nanti. Abang miyo tunggu ibu dengan sabar..kadangkala abang miyo angkat kepala sebab abang miyo tak tertahan dengan rasa lenguh yang amat. Abang miyo...sabar sayang tok ma dan tok wan tak mampu untuk mengangkat abang duduk di wheel chair abang miyo. Abang miyo dah besar...semalam adik pang ambil gambar abang miyo duduk di wheel chair sambil menonton TV cerita ultraman kegemaran abang. Hari ni ibu dah start kerja, Pagi tadi ibu dah bagi abang susu, dah bersihkan abng, suction dan urut abang untuk hilangkan lenguh, lepas tu baru ibu tenang pergi kerja. Kejap lagi tok ma akan bagi susu dan suction abang. Abang jangan nakal-nakal atau menyusahkan tok ma ya. Tok wan pun selalu bagi susu kat abang miyo. Hari ini adik pang tak pergi sekolah tadikanya jadi nanti adik pang bangun dia akan masuk ke bilik bermain dengan abang miyo. Nanti adik akan intai diapers abang miyo untuk periksa samaada abang buang air besar atau tidak. Kalau abang dah boring adik pang selalu buka kartun untuk abang dan gosok kepala abang...abang miyo, adik pang sudah tahu menghargai kasih sayang walaupun masih berumur 6 tahun. Ibu selalu terapkan nilai kasih sayang dalam jiwa dia supaya mengasihani abang miyo sepenuh hati dan seikhlas mungkin. Petang nanti ibu pulang, kita exercise pysioterapi cara ibu (heheheh..hasil pemerhatian ibu semasa mereka melakukan senaman untuk abang miyo dulu), nanti abang miyo akan rasa sedikit selasa menunggu detik malam dan detik yang paling indah buat ibu melihat abang miyo tidur dengan tenang walaupun hakikatnya abang miyo terpaksa diberi sedatif (chlorol hydrate) untuk tujuan rasa mengantuk abang miyo. Abang miyo tak mampu tutup mata untuk tidur dengan sendiri. Abang miyo..ibu pasrah, ibu redha, ibu bangga memiliki mu.
Kronologi
Amirul Najwan bin Mohd. Najmen lahir pada 23 Jun 2003 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras Kuala Lumpur. Beliau lahir sebagai bayi normal seberat 2.91kg, cukup sifat dan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beliau telah memulakan persekolahan di Tadika PASTI Taman Permata Kuala Lumpur pada usia 5 tahun dan sentiasa menjadi antara kanak-kanak yang fast learner dan aktif bersukan di peringkat sekolah-sekolah tadika di Gombak.
Pada tahun 2009, beliau meneruskan tadika 6 tahun di PASTI yang sama dan telah mewakili PASTI Ummu Aiman Taman Permata di pertandingan bola sepak antara PASTI-PASTI zon Gombak. Pada tarikh perlawanan tersebut, beliau tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan demam panas. Saya sebagai ibunya telah membawa beliau mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Setelah doktor memberi ubat dan antibiotik pada petang tersebut (1 April 2009), keadaannya makin sembuh dan beliau tidur dengan nyenyak sehingga jam 11 malam pada hari yang sama suhu badan beliau telah naik mendadak, keadaan beliau teruk dengan muntah-muntah, menggigil dan ada sedikit pendarahan keluar dari hidung. Saya terus membawa beliau ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Beliau telah ditahan di wad pediatrik HKL pada malam tersebut dengan suhu 400C. Setelah mendapatkan rawatan suhu beliau turun sehingga 38.70C. Beliau tidur seperti biasa di dalam wad tersebut. Pada 2 April 2009, beliau bangun pagi dengan agak ceria, berborak-borak dengan saya dan ayahnya. Saya meminta izin untuk balik ke rumah sementara ayahnya menjaga beliau di wad. Sekembalinya saya ke wad dan ayahnya pulang ke rumah saya lihat beliau tidur dengan nyenyak. Saya tunggu sehingga dia bangun pada jam 10.30 pagi. Apabila beliau bangun, suhu beliau naik mendadak lagi, termuntah dan doktor tidak dapat membantu apa-apa kerana dalam masa beberapa minit sahaja Amirul sudah terkulai, meracau-racau dan keliru. Beliau ditempatkan di wad acubate (pemerhatian) dan keadaan beliau semakin teruk sehingga malam tersebut beliau telah koma (tidak sedarkan diri) dan di tempatkan di Wad ICU di Insititut Pediatrik, HKL.
Hasil daripada ujian CT Scan doktor mendapati ada berlaku pembengkakan dalam selaput otak dan beliau telah diberi bantuan pernafasan (ventilator) untuk menyelamatkan nyawa beliau. Rawatan antibiotik telah diberi tetapi tidak memberi tindakbalas yang baik kepadanya. Pada 3 April 2009, melalui ujian imbasan MRI doktor telah mendapati otak beliau dijangkiti Virus yang tidak dapat dikenalpasti dan jangkitan itu terlalu serius melibatkan seluruh otak beliau, brain stem (tunjang otak) yang melumpuhkan sistem saraf beliau dari leher ke bawah. Doktor meramalkan harapan beliau untuk hidup sebanyak 30% dengan komplikasi yang teruk sekiranya hidup. Beliau koma selama 24 hari dan separa koma selama 3 bulan.
Bermulalah episod baru dalam hidup Amirul Najwan bin Mohd. Najmen kerana mulai 3 April 2009 beliau di sahkan mengidap Acute Necrotising Encephalitis In Childhood (ANEC) yang jarang berlaku di negara ini. Keadaan beliau cukup kronik dengan berlaku kekejangan, kadangkala sawan dan jangkitan paru-paru yang teruk sehingga doktor mengambil keputusan untuk melakukan pernafasan secara bypass iaitu trakeostomy (tebuk tekak untuk laluan pernafasan) bermula 24 April 2009. Amirul ditempatkan di wad Neurology sehingga September 2009 dan saya telah mengambil cuti separuh gaji selama beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepadanya.
Amirul kemudian dibenarkan membawa pulang ke rumah dengan syarat beliau ditempatkan bilik khas yang sejuk (perlu aircond), bersih tanpa habuk dan mesin suction untuk menyedut kahak dari trakee beliau. Saya dengan sedaya upaya berikhtiar untuk upgrade biliknya untuk keperluan beliau. Kemudian atas nasihat dari klinik rehabilitasi (REHAB), HKL beliau perlukan satu kerusi roda khas yang untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Di atas wheel chair itulah amirul melepaskan lenguh-lenguh seharian akibat terlantar sepanjang masa
Pada tahun 2010, Amirul keluar masuk wad di HKL sebanyak 20 kali disebabkan oleh masalah pneumonia dan pendarahan dalam perut (Coffee Ground). Kini saya bangga kerana amirul masih lagi bersama saya, masih mampu menyedut udara segar pagi dan saya dapat bermain-main dengannnya setiap hari. Apabila pulang ke rumah hilang rasa penat bila dia mampu tersenyum untuk saya..senyuman yang tak akan hilang darinya sampai bila-bila. Ya Allah kuatkan imanku, teguhkan hati ku panjangkan umur amirul ya rabbi.
Sunday, 7 August 2011
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam perkenalan...aku bukan penulis hebat cuma hasrat hati ingin menulis..memenuhi naluri hati seorang ibu buat anak tersayang, Amirul Najwan. Anak yang cukup istimewa, anak yang cukup hebat berjuang dengan maut. Ya Allah..terima kasih kerana masih memberi waktu untuk aku membelainya dengan jiwa raga ku walaupun aku tahu suatu hari nanti...arghhh aku tidak sanggup menghabiskan ayat itu dan ku tahu ada hikmat disebalik hala tuju yang Allah kurniakan untukku. Selagi jasad ibu ada..selagi kudrat ibu masih tersiksa selagi itu hati ibu dan hatimu bersatu... Ya Allah berikan aku kekuatan dalam menempuhi dugaan mu. amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)










