Wednesday, 31 July 2013

Biar gambar berbicara...kisah hati kita...

Kata orang kadangkala melalui gambar lebih  menceritakan segalanya..macam kita buat summary by statistic figure..dari kita karang ayat berjela-jela. Moga gambar-gambar ini bukan saja terpapar di blog ini tapi ianya kekal selamanya terpahat di sudut hati ibu yang paling dalam..abg Miyo  ibu, anak syurga...insyaallah.
 
 Bertarung maut semasa mendapat pneumonia both side of lung
 Di pengsankan menggunakan sedative...pernafasan by ventilator
 Alhamdulillah.. recovery..tq ALLAH..
 Semakin sihat...
 Abang miyo yang manja... rezeki ibu masih ada dengan abg miyo, alhamdulillah
 Masa for outing...wpun jalan-jalan kat hospital je..after change his trakeostomy at ENT
 Kisah Ice cream solero split... feberat abg miyo masa dolu2x...
Stimulate...masyaALLAH dia masih mengingati feberatnya...
 sleeping beauty..seksisss..
 Tidur lena...Jadual bertukar siang tidur malam jaga..yang huru hara adalah ibu..huhuhu...
 Kan dah kata bila malam sengih..sengih..ibu pulak tersengguk2x...
 Kadangkala abg miyo merengek nak tidur katil ibu..
 Ibu Alaskan kain batik supaya belakang abang serap peluh, tilam air circulation abang tu kadangkala panas gak..
 Suka larr tu kalau ibu ada hari minggu layan dia..
 Nak sama tinggi ngan ibu sudahhh..
 Hari minggu adik pang pun boleh layan..
 Suka larrr tu game Ben10 dia...
 Adik pang yang sayang sokmo kat abg miyo
 Abg miyo keluar paper Metro 17 Januari 2011, kalut ibu jawab telefon seluruh Malaysia. Terima kasih atas keperihatinan rakyat Malaysia.
 Warded lagi...pneumonia kali tidak kurang hebatnya..

 Abg miyo di bilik isolation...tak boleh duduk kad luar..
 Ha....inilah lagu kegemaran abg miyo..lagu cup cake ASTRO CERIA
Adik pang dah pandai suction..yeaaa3x boleh tolong ibu...wpun pandai tapi ibu tak bagi buat kalau ibu tak pantau..silap2x tercabut anak tekak abang tu..nauzubillah..
Baru discaj ward..seronok tidur rumah...

Tuesday, 30 July 2013

Koleksi Suction Pump Abang Miyo

Semalam ibu dapat panggilan telefon daripada Tok Ma mengatakan mesin suction abang tak function...Why???? baru sebulan je ibu hantar service kat Maycare, so dengan bergegasnya ibu pulang tengok apa sebenarnya berlaku kepada mesin tersebut. Oh..No..no..no... tok ma salah pasang tube dia in and out so..apa lagi air sudah masuk kat motor dia...rosakkk sudah. Alahai..abang miyo plak dari pagi banyak betul kahaknya so kalau tak sedut lemaslah dia nanti... telefon Maycare tanya mesin suction yang satu lagi yang baru je ibu hantar service dah siap ke atau tak? Org Maycare kata o.t.w tapi bila nak dapat? Tiada kata putus, tak de nombor driver katanya... Ayoyo..cam mana ni? tak kan nak kena beli satu lagi sedangkan abang miyo dah ada dua suction pump ni? Ibu puas fikir..fikir...dan fikir lagi akhirnya selesai sudah pembelian mesin suction yang baru berwarna putih menjadikan koleksi abng miyo dah dah ada 3 buah...Nak jadi cerita baru je selesai urusan pembelian...tiba-tiba lori yang bawa suction pump abang tu sampai...adishhh...adish...nak gelak pun ada, nak nangis pun ada...hehehe..ibu dengan frustnya telefon daddy...dan seperti biasa daddy cool dengan jawapan cool dia, "setiap apa yang Allah aturkan itu ada rahmat dan hikmatnya"...so, tak jadilah ibu nak frust melalut banyak-banyak disebabkan terpaksa mengorbankan RM pagi-pagi nan syahdu semalam. Alkisah abang miyo.

Monday, 29 July 2013

Alhamdulillah pada pagi yang barakah ini di bulan yang penuh kemuliaan, ibu ada sedikit ruang untuk menulis, menulis sekadar untuk mengingatkan ibu pada setiap saat bersama abang miyo...mana ni ibu nak mulakan dulu ni, hari ini ibu sampai awal di pejabat, lepas bagi feeding abang jam 1.45am semalam sukarnya ibu nak lelapkan mata. Sama bulat mata ibu dan mata abang miyo..hehehe..macam biasa ibu setting TV dalam bilik tu padam jam 2.00 am, kalau abang dah bangun memang bising mulut suara abang..ibu tahu walaupun hanya suara arghhh..arghh..itulah tandanya abg miyo minta dibuka kembali siaran CERIA kegemaran abang. Bila ibu dah buka TV, ahaaa..senyaplah abg miyo..bukan abg miyo layan pun tapi mesti kena pasang jugak at least abang miyo dengar suara kartun pun jadilah...sebijik perangai zaman abang normal dulu, selalu kena bebel kat ibu sebab pasang TV tapi abg miyo sibuk ngan mainan abg miyo..kalau ibu tutp memang siaplah ibu..hehehe..kenangan lagi.

Bila mata tak mengantuk, ibu keluar bilik ke dapur, panaskan nasi, masak sardine ngan telur goreng dadar..itulah juadah sahur yang seringkas boleh ibu sediakan untuk adik pang, ok lah adik pang bukan makan banyak pung. Alhamdulillah adik pang still puasa penuh until now. Syabas Amir Irfan. Tapi..ada janji yang dinanti, ada janji yang ditabur oleh ibu, tok wan dan tok ma..bias dituntut di hari raya.. Hari Jumaat ini insyaallah daddy balik..yeaaaah3x. Daddy dah start cuti raya. Banyak assignment daddy ibu dah longgokan kat rumah TUNGGU... Semua kerja external rumah daddy kena langsai, ibu ambil part internal je. alahai andainya abg miyo sihat pasti dah boleh harap tolong daddy cuci longkang, kemas-kemas sikit ya. takpe la bang, ibu tak kisah pun. Bagi ibu cukuplah permata hati ibu ini sihat dan senang untuk ibu uruskan abang miyo.

Seminggu lagi kita dah nak sambut raya beerti ramadhan bakal kita tinggalkan, semoga ibadah ibu dalam menguruskan abang seharian ikhlas dan diredhai Allah. Walaupun jadual ibu tak sama macam orang lain..tapi ibu pasti kiranya ibu ikhlas pasti ada ganjaran dari DIA, insyaallah. Tahun ni insyaallah ibu dah sediakan sepasang baju melayu direka khas oleh Cik Pah warna purple. Kenapa ibu kata direka khas? Sebab abang miyo kena pakai baju yang berbutang disebabkan trakee abg miyo itu.Insyaallah panjang umur, tema kita tahun ini purple. Walaupun ibu tak pasti abang miyo dapat merasainya..tapi ibu tak pernah anggap abang patung bernyawa..ibu pasti melayan abng miyo seolah-olah 4 tahun dahulu  semasa abang masih normal. Itulah ubat yang paling mujarab buat ibu.

Tak banyak ibu prepare untuk raya, juadah raya pun semua ibu tempah saja, mana ada masa untuk ibu masak...masa ibu terhad, yang terhad itulah ibu gunakan untuk abang miyo dan adik pang. Insyaallah ramai saudara dan kawan-kawan ibu datang. Mereka semua pasti cakap abang makin temban. Aha...doctor pun cakap abang makin gemuk  opsss marah abang kalau panggil gem...sebenarnya abg miyo macho..hehehe... Sangat seronok bila semua doctor dan staffnurse mesra ngan abang miyo. Alhamdulillah rezeki abang miyo..sebab Nampak semuanya belas kasihan kat abg miyo.

ok lah abng miyo, jangan banyak kerenah kat rumah ya. tunggu ibu balik nanti kita buat exercise. salam sayang dari ibu juta..juta...juta.. muahhhhh.

Sunday, 14 July 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah nak dijadikan cerita pagi ini dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ini ibu ingat balik password sesawang ini. Rasanya masa yang terluang ini ingin ibu coretkan sedikit perjalanan abang miyo sehingga hari ini. Pada bulan November 2012 abang miyo dimasukkan ke HDU kerana mendapat pneumonia, both side pada lung dia. Teruk sangat abang miyo masa tu. Abang miyo dipengsan oleh doctor supaya dapat merehatkan abg miyo dari batuk yang kronik. Selama 2 hari abang miyo memakai ventilator kerana kekurangan oksigen yang mendadak. Ibu betul-betul pasrah ketika itu. Pada hari berikutnya disebabkan ventilator itu juga nyawa abg miyo hamper melayang. Saranan seorang doctor supaya tidak menyedut kahak abg miyo melalui trakee sepanjang pemakaian ventilator itu menyebabkan trakee abg miyo tersumbat. kahak yang terkumpul mengeras dan menyebabkan abg miyo semakin tidak dapat bernafas. Ibu panik, daddy suruh ibu keluar, ibu keluar sementara doctor menukar trakee baru abg miyo. Ibu keluar mencari satu sudut yang orang tak lalu lalang, ibu menangis, ibu takut, ibu penjamkan mata, ibu berkata dalam hati" andai masa itu telah tiba ibu mohon ya Allah jadikan ibu seorang ibu yang redha, walaupun untuk melepaskan sesuatu yang paling berharga dalam hidup ibu tapi ibu terpaksa akur ibu hanya pinjam abang dan andainya sudah tiba masa pemilik abang ingin menjemput abang, ibu kena redha walaupun payah sekali untuk ibu melaluinya. Abang..ibu tahu abang kuat, abang sangat sayangkan ibu, abang selalu ungkapkan pada ibu saying ibu juta..juta..juta. Ibu tahu abang pantang maut sebelum ajal..ibu pasti abang dapat harungi. Alhamdulillah, selepas kejadian itu abg miyo kembali pulih, sihat, ceria dan makin gemuk. Anak syurga ibu ini makin tinggi dah melepasi bahu ibu. Andainya abang miyo dapat berjalan pasti ibu bangga kerana anak ibu sudah besar, sudah 10 tahun umur abg miyo.

Adik pang sekarang pun sudah darjah dua, Alhamdulillah banyak sudah dia membantu ibu menguruskan abg miyo. Sudah pandai bagi susu kat abg miyo, suction kahak abg miyo. Alhamdulillah adik pang puasa penuh sehingga hari ini. Nampaknya dia cepat matang dari usianya. Mungkin dia juga banyak melalui pengalaman bersama abg miyo wpun tidak secara langsung.

Abang miyo pun dah ada katil baru, Alhamdulillah. Katil Hospital yang ibu belikan di Maycare memang banyak membantu abg miyo seharian di rumah. Rezeki abg miyo katakana. Sudah lama ibu ingin membelikannya tapi baru kini tercapai hajat ibu, senang ibu lihat abg miyo baring dalam keadaan selesa.

Ada masa nanti ibu akan uploadkan gambar-gambar terkini abg miyo ya. tapi sebelum tu ibu nak upload satu gambar hari raya tahun 2012 yang tema hijau tu..hehehe, wpun dah basi nak upload jugak sebelum raya aidilfitri 2013 menjelma. Ok lah selamat berpuasa dan jadikan bulan yang mulia ini untuk lebih beramal kebajikan dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah S.W.T.