Monday, 21 November 2011

Nampaknya musim tengkujuh bagi negeri pantai timur dah bermula. Risau juga hati ini melihat air dalam longkang besar depan rumah dah penuh. Kalau banjir...macam mana larr ibu nak tempatkan abang miyo. Mahu ke hospital nak terima untuk tumpangkan abang miyo sementara? Yang lain takpe la..boleh tinggal rumah saudara yang tak banjir dulu tapi abang miyo tak boleh..sebab abang miyo sentiasa saja mencemaskan ibu... nanti jika laluan ke hospital tenggelam? macam mana nak bawa abang ke hospital jika berlaku kecemasan??? susah betul hati ibu ni abang miyo..
Semalam beli susu ensure vanila untuk abang miyo..ya rabbi..naik lagi susu ensure nih dari RM55 pada tahun 2009, naik RM65.00 pada 2010. Tut..tut semalam dah RM69.50. Takde ke kawalan harga untuk susu khas ini? Yang membeli susu ini dah sah-sah larr keluarga yang ada anggota keluarga OKU terlantar? nak minta dengan kebajikan?? seperti yang ibu cakapkan..ibu kalau boleh malas dah jumpa kerani kat situ. Malas dah nak menayang muka kat situ. Ibu bukan pengemis... dulu ibu hanya datang bertanya hak abang? tapi sikapnya..ya rabbi.. takpe lah abang, insyaallah adalah tu rezeki abang.
Badan abang miyo susut sikit dari dulu tapi taklah sampai kurus kering. Alhamdulillah..setiap hari bila ibu balik dari kerja..pasti senyuman abang yang mengubat kelesuan ibu. Hari ini ibu janji nak upload gambar terbaru abang..

No comments:

Post a Comment