Monday, 5 August 2013

Saat yang dinanti...

Hari ini Alhamdulillah, ibu masih datang kerja, tak mahu ambil cuti awal, setiap bilangan cuti yang ibu ada ibu kena hargai. Abang miyo bukan suka bagi signal bila masa dia nak warded, jadi ibu perlu hargai setiap cuti yang ibu ada untuk keperluan abang miyo.

Pagi ini ayah mi  dah sampai, sama-sama beraya ngan abang miyo. Ayah mi tempat abang main gaduh-gaduh. Ayah mi cakap abang miyo anak saudara ayah mi yang paling ayah mi sayang. Banyak kenangan ayah mi dengan abang miyo masa abang masih normal dulu. Hari ini bertambah bilangan ahli keluarga yang boleh jaga abang miyo. Ini masanya ibu nak berhulalala...hehehe...iyolah tuuuu..tak de maknanya...tanpa abang miyo disisi.

Hari ini rumah kita meriahlah sebab ayah mi ngan ayah man sekeluarga akan sama-sama berbuka puasa kat sini. Ibu rasa macam nak masak, ibu dah beli 4 ekor ikan siakap kat TESCO tapi....ishhhhh...itu ini begitu begini blalalalala...so rasanya kat kodailah kito memasaknyeee.. Masa beli ikan tu pun macam caya tak percaya jah kak su ni...hehehe..

Abang miyo berehat ya, masa ibu datang kerja jam 7.30 am tadi abang miyo tak bangun lagi...kemain tidur ya. takpelah abang miyo tidurlah dulu nanti ramai yang akan melayan bila abang bangun nanti.

No comments:

Post a Comment