Huhuhu cerita lama yang sudah basi...tapi tetap segar dalam ingatan ibu sampai bila-bila. Kisah Abg Miyo dan Bah Kuning 2014 membuatkan hati ibu hiba. Bukan saja ibu tetapi kepada mana-mana ibu yang memiliki anak OKU terlantar kronik seperti abg miyo yg perlukan tempat yang bersih dan bekalan elektrik yang berterusan. Betapa sukarnya melalui detik cemas itu. Semoga ianya tidak pernah padam selama-lamaya.
24 Disember 2014 (Rabu)
Ibu dapat berita dari whatsup group mengatakan banjir sedang melanda Kuala Krai dan Gua Musang. Di dalam hati ibu mengatakan perkara itu setiap tahun akan berlaku dimusim tengkujuh. Tidak pernah menduga sesuatu akan berlaku dalam hidup abg miyo dan keluarga kita. Whatsup group sentiasa update tentang banjir dari semasa ke semasa. Melihat foto-foto yang di upload ibu tersentak...agak besar juga banjir tahun ini. hati mula resah ingatkan abg miyo di rumah. Rumah itu belum pernah banjir ibu tenangkan hati...
Pada masa yang sama di pejabat kecoh sana sini memaklumkan air banjir hulu sudah memasuki kota bharu. Ramai yang pulang menjenguk keluarga. Jam 4.30 petang ibu memohon untuk balik awal ke rumah untuk membeli stok makanan. daddy pula masih kurang sihat disebabkan kemalangan motor di putrajaya. daddy tak lepas untuk balik ke kelantan disebabkan kecedaraan tulang rusuknya. Ibu bertolak pulang ke rumah dan apabila tiba di jambatan berhampiran rumah air sungai sedang mengisi tempat dan agak laju. Cuak ibu memikirkan kerana sungai tersebut dalam lingkungan 2km dari rumah. Ibu terus ke jambatan pasir tumboh untuk melihat keadaan sungai di sana. Jarak sungai itu juga lebih kurang 2km juga dari rumah kita. Masyaallah keadaannya sgt menakutkan... Setelah membeli barang keperluan dapur (masa ibu sampai bekalan dah hampir habis) ibu balik ke rumah. Malam itu cerita banjir menjadi semakin top.
25 Disember 2014 (Khamis)
Pulic Holiday cuti krismas, kesempatan cuti itu ibu keluar pagi-pagi untuk membeli breakfast, masyallah air sungai semakin besarsudah menenggelamkan rumah-rumah disekitarnya. Ibu semakin cuak, macam mana kiranya jalan ini terputus hubungan dengan husm? dan macam mana kiranya sungai yang mengeliling rumah dalam jarak 2km ini melimpah sehingga menenggelamkan rumah kita abg miyo, ibu risau kudrat ibu tak mampu untuk menyelamatkan abg miyo jika perkara itu berlaku.
Tengahhari ibu dikejutkan rumah bff ibu auntie Attiah telah dimasuki air sehingga ke dalam rumah di kg cherang. Auntie Atiah atau selesa dipanggil mama terpaksa meninggalkan rumah dengan keseluruhan perabot dan alat-alat elektrik tidak dapat diselamatkan. kedatangan air bah itu terlalu cepat dan ganas. Ibu semakin cuak apatah lagi ibu elli (bff ibu) menawarkan untuk berpindah di homestay yang terletak bersebelahan rumahnya demi keselamatan abg miyo. Berbelah bagi rasanya ibu untuk ke sana dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan hidup orang. kedua-dua sungai kiri dan kanan rumah kita semakin mengganas menenggelamkan rumah satu persatu sedangkan ibu masih berperang dengan diri untuk berpindah ke kawasan yang lebih dekat dengan husm atau tidak...
Petang itu sekali lagi ibu pergi melihat ke dua-dua sungai itu, tidak ada tanda ia surut bahkan makin menenggelamkan rumah-rumah sekitar sehingga ada keseluruhannya tenggelam. Masyaallah... ibu telefon ibu elli dan meminjam keretanya yang agak luas dan besar dan mengambil keputusan untuk berpindah. Akhirnya malam itu kita sekeluarga berpindah dengan pasrah dengan harapan rumah yang abg miyo huni ini tidak tenggelam oleh banjir dan semoga sepanjang musibah ini abg miyo tidak terkena infection samada demam atau pneumonia. Malam itu ibu bersama abg miyo, adik, tok wan dan tokma berpindah ke rumah mokcik nah (sepupu tok ma) yang terletak berhampiran Husm. lagipun mokcik nah tinggal hanya dengan dua orang anak saudaranya yang dipelihara dari kecil. Jadi abg miyo ditempatkan dalam sebuah bilik yang luas di rumah dia dengan 3 buah kipas keliling abang. Abg Miyo x boleh panas-panas kan..kan.. Manakala ibu dan kawan-kawan banyak telah terputus hubungan disebabkan oleh hphone masing-masing sudah kehabisan bateri dan bekalan elektrik di banyak tempat telah terputus.
Malam itu kami tidur menumpang di rumah mokcik nah dengan harapan esoknya banjir semakin surut.
26 Disember 2014 (Jumaat)
Ibu elli memaklumkan bahawa jalan yang menghubungkan pasir tumboh dan kubang kerian, Binjai ke kubang kerian , pasir tumboh ke Binjai telah lumpuh seluruhnya dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Bermakna semalam ibu telah mengambil satu keputusan yang tepat untuk memindahkan abg miyo ke tempat yang lebih selamat. Panggilan telefon dari adik mokcik nah yang mengatakan TNB sedang bersiap sedia untuk memadamkan elektrik ke seluruh negeri Kelantan menyebabkan ibu rasa teramat risau kerana abg miyo memerlukan bekalan elektrik yang berterusan disebabkan abg miyo perlu menyedut kahak melalui suction pump. kahak abg miyo memang sentiasa banyak. Jika tidak disedut abg miyo menghadapi masalah lemas dan jangkitan paru-paru. Ibu menelefon HUSM memohon sekiranya bekalan elekrtik terputus agar dapat menumpangkan abg miyo di situ. Husm masih memiliki generator untuk tujuan kegunaan di masa kecemasan ini. Sedikit lega apabila husm memberi green light sekiranya bekalan benar-benar terputus supaya menghantar abg miyo ke kecemasan. Perasaan terubat apabila daddy dalam kesakitan berkorban balik dengan flight yang harga masa itu makkk aiii ratusan ringgit (tiket kecemasan dan terlalu tinggi) untuk bersama-sama ibu. Walaupun daddy tak boleh banyak bergerak sekurang-kurangnya melihat daddy semangat ibu semakin kuat.
bersambung....
No comments:
Post a Comment