Saturday, 13 August 2011

Masa begitu pantas berlalu...sedar tak sedar hari ini genap 14 hari kita berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini dan untuk tiga tahun berturut-turut amirul atau nama panggilan manja di rumah..abang miyo terlantar kaku. Tubuh abang miyo tak mampu bergerak dari leher ke bawah. Abang miyo terpaksa baring sementara menunggu ibu pulang dari kerja jam 5 nanti. Abang miyo tunggu ibu dengan sabar..kadangkala abang miyo angkat kepala sebab abang miyo tak tertahan dengan rasa lenguh yang amat. Abang miyo...sabar sayang tok ma dan tok wan tak mampu untuk mengangkat abang duduk di wheel chair abang miyo. Abang miyo dah besar...semalam adik pang ambil gambar abang miyo duduk di wheel chair sambil menonton TV cerita ultraman kegemaran abang. Hari ni ibu dah start kerja, Pagi tadi ibu dah bagi abang susu, dah bersihkan abng, suction dan urut abang untuk hilangkan lenguh, lepas tu baru ibu tenang pergi kerja. Kejap lagi tok ma akan bagi susu dan suction abang. Abang jangan nakal-nakal atau menyusahkan tok ma ya. Tok wan pun selalu bagi susu kat abang miyo. Hari ini adik pang tak pergi sekolah tadikanya jadi nanti adik pang bangun dia akan masuk ke bilik bermain dengan abang miyo. Nanti adik akan intai diapers abang miyo untuk periksa samaada abang buang air besar atau tidak. Kalau abang dah boring adik pang selalu buka kartun untuk abang dan gosok kepala abang...abang miyo, adik pang sudah tahu menghargai kasih sayang walaupun masih berumur 6 tahun. Ibu selalu terapkan nilai kasih sayang dalam jiwa dia supaya mengasihani abang miyo sepenuh hati dan seikhlas mungkin. Petang nanti ibu pulang, kita exercise pysioterapi cara ibu (heheheh..hasil pemerhatian ibu semasa mereka melakukan senaman untuk abang miyo dulu), nanti abang miyo akan rasa sedikit selasa menunggu detik malam dan detik yang paling indah buat ibu melihat abang miyo tidur dengan tenang walaupun hakikatnya abang miyo terpaksa diberi sedatif (chlorol hydrate) untuk tujuan rasa mengantuk abang miyo. Abang miyo tak mampu tutup mata untuk tidur dengan sendiri. Abang miyo..ibu pasrah, ibu redha, ibu bangga memiliki mu.

No comments:

Post a Comment