Sunday, 14 July 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah nak dijadikan cerita pagi ini dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ini ibu ingat balik password sesawang ini. Rasanya masa yang terluang ini ingin ibu coretkan sedikit perjalanan abang miyo sehingga hari ini. Pada bulan November 2012 abang miyo dimasukkan ke HDU kerana mendapat pneumonia, both side pada lung dia. Teruk sangat abang miyo masa tu. Abang miyo dipengsan oleh doctor supaya dapat merehatkan abg miyo dari batuk yang kronik. Selama 2 hari abang miyo memakai ventilator kerana kekurangan oksigen yang mendadak. Ibu betul-betul pasrah ketika itu. Pada hari berikutnya disebabkan ventilator itu juga nyawa abg miyo hamper melayang. Saranan seorang doctor supaya tidak menyedut kahak abg miyo melalui trakee sepanjang pemakaian ventilator itu menyebabkan trakee abg miyo tersumbat. kahak yang terkumpul mengeras dan menyebabkan abg miyo semakin tidak dapat bernafas. Ibu panik, daddy suruh ibu keluar, ibu keluar sementara doctor menukar trakee baru abg miyo. Ibu keluar mencari satu sudut yang orang tak lalu lalang, ibu menangis, ibu takut, ibu penjamkan mata, ibu berkata dalam hati" andai masa itu telah tiba ibu mohon ya Allah jadikan ibu seorang ibu yang redha, walaupun untuk melepaskan sesuatu yang paling berharga dalam hidup ibu tapi ibu terpaksa akur ibu hanya pinjam abang dan andainya sudah tiba masa pemilik abang ingin menjemput abang, ibu kena redha walaupun payah sekali untuk ibu melaluinya. Abang..ibu tahu abang kuat, abang sangat sayangkan ibu, abang selalu ungkapkan pada ibu saying ibu juta..juta..juta. Ibu tahu abang pantang maut sebelum ajal..ibu pasti abang dapat harungi. Alhamdulillah, selepas kejadian itu abg miyo kembali pulih, sihat, ceria dan makin gemuk. Anak syurga ibu ini makin tinggi dah melepasi bahu ibu. Andainya abang miyo dapat berjalan pasti ibu bangga kerana anak ibu sudah besar, sudah 10 tahun umur abg miyo.

Adik pang sekarang pun sudah darjah dua, Alhamdulillah banyak sudah dia membantu ibu menguruskan abg miyo. Sudah pandai bagi susu kat abg miyo, suction kahak abg miyo. Alhamdulillah adik pang puasa penuh sehingga hari ini. Nampaknya dia cepat matang dari usianya. Mungkin dia juga banyak melalui pengalaman bersama abg miyo wpun tidak secara langsung.

Abang miyo pun dah ada katil baru, Alhamdulillah. Katil Hospital yang ibu belikan di Maycare memang banyak membantu abg miyo seharian di rumah. Rezeki abg miyo katakana. Sudah lama ibu ingin membelikannya tapi baru kini tercapai hajat ibu, senang ibu lihat abg miyo baring dalam keadaan selesa.

Ada masa nanti ibu akan uploadkan gambar-gambar terkini abg miyo ya. tapi sebelum tu ibu nak upload satu gambar hari raya tahun 2012 yang tema hijau tu..hehehe, wpun dah basi nak upload jugak sebelum raya aidilfitri 2013 menjelma. Ok lah selamat berpuasa dan jadikan bulan yang mulia ini untuk lebih beramal kebajikan dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment