Monday, 29 July 2013

Alhamdulillah pada pagi yang barakah ini di bulan yang penuh kemuliaan, ibu ada sedikit ruang untuk menulis, menulis sekadar untuk mengingatkan ibu pada setiap saat bersama abang miyo...mana ni ibu nak mulakan dulu ni, hari ini ibu sampai awal di pejabat, lepas bagi feeding abang jam 1.45am semalam sukarnya ibu nak lelapkan mata. Sama bulat mata ibu dan mata abang miyo..hehehe..macam biasa ibu setting TV dalam bilik tu padam jam 2.00 am, kalau abang dah bangun memang bising mulut suara abang..ibu tahu walaupun hanya suara arghhh..arghh..itulah tandanya abg miyo minta dibuka kembali siaran CERIA kegemaran abang. Bila ibu dah buka TV, ahaaa..senyaplah abg miyo..bukan abg miyo layan pun tapi mesti kena pasang jugak at least abang miyo dengar suara kartun pun jadilah...sebijik perangai zaman abang normal dulu, selalu kena bebel kat ibu sebab pasang TV tapi abg miyo sibuk ngan mainan abg miyo..kalau ibu tutp memang siaplah ibu..hehehe..kenangan lagi.

Bila mata tak mengantuk, ibu keluar bilik ke dapur, panaskan nasi, masak sardine ngan telur goreng dadar..itulah juadah sahur yang seringkas boleh ibu sediakan untuk adik pang, ok lah adik pang bukan makan banyak pung. Alhamdulillah adik pang still puasa penuh until now. Syabas Amir Irfan. Tapi..ada janji yang dinanti, ada janji yang ditabur oleh ibu, tok wan dan tok ma..bias dituntut di hari raya.. Hari Jumaat ini insyaallah daddy balik..yeaaaah3x. Daddy dah start cuti raya. Banyak assignment daddy ibu dah longgokan kat rumah TUNGGU... Semua kerja external rumah daddy kena langsai, ibu ambil part internal je. alahai andainya abg miyo sihat pasti dah boleh harap tolong daddy cuci longkang, kemas-kemas sikit ya. takpe la bang, ibu tak kisah pun. Bagi ibu cukuplah permata hati ibu ini sihat dan senang untuk ibu uruskan abang miyo.

Seminggu lagi kita dah nak sambut raya beerti ramadhan bakal kita tinggalkan, semoga ibadah ibu dalam menguruskan abang seharian ikhlas dan diredhai Allah. Walaupun jadual ibu tak sama macam orang lain..tapi ibu pasti kiranya ibu ikhlas pasti ada ganjaran dari DIA, insyaallah. Tahun ni insyaallah ibu dah sediakan sepasang baju melayu direka khas oleh Cik Pah warna purple. Kenapa ibu kata direka khas? Sebab abang miyo kena pakai baju yang berbutang disebabkan trakee abg miyo itu.Insyaallah panjang umur, tema kita tahun ini purple. Walaupun ibu tak pasti abang miyo dapat merasainya..tapi ibu tak pernah anggap abang patung bernyawa..ibu pasti melayan abng miyo seolah-olah 4 tahun dahulu  semasa abang masih normal. Itulah ubat yang paling mujarab buat ibu.

Tak banyak ibu prepare untuk raya, juadah raya pun semua ibu tempah saja, mana ada masa untuk ibu masak...masa ibu terhad, yang terhad itulah ibu gunakan untuk abang miyo dan adik pang. Insyaallah ramai saudara dan kawan-kawan ibu datang. Mereka semua pasti cakap abang makin temban. Aha...doctor pun cakap abang makin gemuk  opsss marah abang kalau panggil gem...sebenarnya abg miyo macho..hehehe... Sangat seronok bila semua doctor dan staffnurse mesra ngan abang miyo. Alhamdulillah rezeki abang miyo..sebab Nampak semuanya belas kasihan kat abg miyo.

ok lah abng miyo, jangan banyak kerenah kat rumah ya. tunggu ibu balik nanti kita buat exercise. salam sayang dari ibu juta..juta...juta.. muahhhhh.

No comments:

Post a Comment