Saturday, 14 December 2013
Assalamualaikum w.b.t
Lama rasanya ibu tidak menulis tentang kisah abang Miyo ini. Bulan Nov -Disember 2013 adalah bulan yang penuh dugaan buat kita abang miyo.. bermula trakee abg miyo block, pernafasan tak stabil 2 kali masuk ke red zone husm, tukar trakee di wad 4D hari sabtu, kemudian balik rumah..dapat panggilan kecemasan dari tokwe abg miyo muntah-muntah..ibu balik tengok abng miyo tarik nafas tersekat-sekat.. minta tolong pakcik sir kg lundang.. pakcik sir dating dalam hujan lebat nak bawa abg miyo ke kecemasan.. Bila pakcik sir sampai abg miyo Nampak sedikit ok so tak jadi bawa...tunggu daddy balik esoknya. Kemudian agaknya memang abg miyo nak tunggu daddy tak nak menyusahkan orang lain, abg miyo mulai sesak nafas balik ibu n daddy bawa ke kecemasan husm, abang miyo kena tahan dan warded 4 hari 18-22 November 2013. Selepas tu abang miyo balik rumah tapi kesihatan abang miyo tidak mengizinkan sangat dan cuma dapat bertahan sahaja. 1 Disember 2013 abg miyo kena tukar trakee di klinik ENT dan ibu mohon untuk berjumpa dengan Prof Suzi untuk memaklumkan yang ibu rasa ada keganjilan yang berlaku pada lubang trakeotomy abang miyo. Prof Suzi buat scope ke dalam trakea abang miyi and sah lubang trakea abg miyo tumboh tisu..alamak..ibu dah agak dah dengan pengalaman yang lama ibu care abg miyo about trakeotomy rupanya tekaan ibu adalah tepat. Tisu itu telah mula untuk menutupi lubang trakee abg miyo. TQVM kepada Prof Suzie yang sentiasa alert dengan maklumat dari ibubapa. So. plan seterusnya abg miyo kena admit ward keesokkan harinya 2 Disember 2013 dan 3hb Disember doctor plan untuk buat surgery buang tisu-tisu yang tumbuh di dalam lunbang trakea abg miyo tersebut. Abang Miyo kemudiannya dating ke ENT untuk warded keesokkan harinya..nak jadi cerita abg miyo tiba-tiba deman so doctor surgery kata kena warded dulu n tunggu biar demam abang miyo settle dulu baru boleh masuk OT. Kalut lagi ibu..cuti dah nak habis daddy kena outstation ke Medan so..ibu terpaksa pergi pujuk kakak ila anak kak yah yang baru berhenti kerja untuk jaga abang miyo kat ward. Nasib ibu baik, kak la setuju jaga abang miyo di hospital. Kak La pernah jaga abang miyo di wad masa tahun 2011 dahulu so ibu tak risau sangat, kak la dah pandai bagi ryle's tube feeding n suction abang miyo n itu yang utama bagi ibu..soal bayar upah ibu tak kisah..janji dia nak dan setuju buat kerja dengan ikhlas. Abang miyo start warded di wad 2 selatan dengan high grade fever..Plan kedua untuk masuk OT pada hari khamis 4 Disember kena postpone lagi sehingga abang miyo tak demam dan sihat. Abang miyo tinggal di wad 2 S selama 2 hari dan dipindahkan ke 6S sebab demam abg miyo tak nah kebah nak di 6S abg miyo duduk di bilik isolation untuk lebih care n insentif treatment yang lebih teliti. Abang miyo perlu complete 7 hari antibiotic secara IV dan bila demam dah settle baru plan untuk masuk OT. Sepanjang dalam wad 6 S banyak kali line abg miyo rosak n disebabkan urut abg miyo yang tenggelam menyukarkan doctor untuk dapatkan line..habis Lebam tangan dan kaki kiri kanan bekas cubaan injection, kesian abng miyo, hanya Allah saja yang tahu derita abang miyo. Abang miyo keletihan dan ada masanya abang miyo seakan redha dengan kesakitan dan tak mampu menangis lagi...ibu pun dah lama tak mampu menangis luaran..hanya hati ibu menjerit pedih lantaran dugaan dang keperitan yang abg miyo terpaksa tanggung. Akhirnya pada 10 Disenber 2011 Abg miyo selamat menjalani operation di trakeostomy dan pakar bius telah memaklumkan risiko-risiko yang mungkin berlaku disebabkan abg miyo ada pneumonia...nak tak nak ibu kena tandatangan juga borang kebenaran. Abg miyo masuk OT jam 2.30pm dan selesai di bilik pemulihan jam 5 petang. Sepanjang masa ibu dan kak la tunggu abg miyo di luar sehinggalah doctor panggil masuk jam 5 petang. keadaan abg miyo lemah..keletihan dan semasa nurse suction abng miyo... abg miyo muntah keluar darah-darah lama sehingga ibu panik Doktor inject ubat tahan muntah dan Nampak abng miyo stabil, Abang miyo dipindahkan ke wad 2 S pada jam 7 malam..tok we, tok ma, makcik za, adik, pakcik mengiringi abg miyo masuk ke Wad 2 S. Tok we menangis sebab tok we orang yang lembut hatinya. Masa time abang nak masuk OT pun kawan-kawan ibu dunia akhirat ada bersama...Auntie Nadzera, Elli, Aza Tiah, Zahira n Kak Ha ada bersama..kuat sikit hati ibu lantaran daddy di Medan. Kawan-kawan yang jauh semuanya mendoakan abng miyo..doa pun cukup memadai bagi ibu. Ada juga walaupun serumpun tapi tak terbuka hatinya untuk kenal abg miyo dari dekat, langsung endah tak endah dengan abang miyo...apa nak buat kan ibu tak paksa..sampai kena kat batang hidung sendiri barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Ada ubi ada batass kannn??? tapi ibu selalu dengar nasihat daddy "buat baik pada orang nescaya Allah balas baik pada kita". Kadangkala bila kita serumpun, ziarah orang yang sakit apatah lagi kanak-kanak terlantar seperti ini adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T. Ibu berjanji pada diri ibu, semoga Allah sentiasa bukakan mata hati ibu untuk perihatin kanak-kanak, orang tua yang susah yang terlantar sakit, insyaallah...Allah telah bukakan hati ibu melalui abang miyo. Ibu doakan adik adam dan kanak-kanak berumur 8 tahun (adik dari pasir puteh) cepat sembuh dan tabahlah wahai hati-hati ibu yang cekal ini, insyaallah. Nanti ibu akan datang menyusul menziarahi mereka lagi. Hubungan bukan setakat di wad sahaja tapi ada masa ibu pasti akan mucul di wad 2S untuk melihat baby adam dan adik tersebut lagi. Ibu nak tutup rasa hati yang terkilan dengan perangai mereka yang serumpun ini dan hidup dengan tenang tanpa rasa hati, tanpa duka dan tanpa rasa balas membalas. Insyaallah ada hikmat disebalik semua ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment