Saturday, 26 October 2013
"Abang Miyo...angkat kain dijemurannn, hari dah hujan"...
Hahaha...ingat cerita melayu klasik suatu masa dahulu, lupa tajuk apa, yang pasti dialog tu antara yang ibu suka sampai sekarang. Ya, sedar tak sedar 3 hari lagi, insyaallah kita akan bertemu bulan November. Ini bermakna sekali lagi musim tengkujuh akan berkunjung tiba, singgah sekejap di diari kehidupan abng miyo dan ibu. Tahun ini kita di rumah baru, ibu tak pasti kawasan kita ni bebas banjir atau tidak. Ibu dah tanya dengan jiran yang duduk lama kawasan ini, katanya naik sikit kat luar rumah...aduiiii janganlah nanti menyusahkan abang miyo. Ingat cerita kita di tahun 2011 semasa kita baru pindah dari KL dan ibu menyewa di Teluk Panji, huhuhu..air hujan naik sampai ke paha. Terkejut ibu sebab ibu keluar rumah pagi tu..air hanya penuh dalam longkang saja, tut2x bila balik mak aiii, air dah naik sampai ke paha. Pening ibu memikirkan macam mana nak bawa abg miyo keluar dari kawasan itu. dah larrr daddy duk KL. Nasib baik ibu ada kawan2x yang cukup prihatin. Nasib baik malam itu Ibu elly datang memberikan pertolongan bersama hubby dia. Sudahnya kita bermalam di rumah "home stay" ibu elly itu 2 malam. Nasib baik rezeki kita, ibu dapat rumah sewa baru di kg lundang. Tahun 2012 kita kat kg. lundang, kawasan bebas banjir, tapi tahun ni..di sini, di rumah baru kita, yang ibu belikan untuk sedikit keselesaan abg miyo, wallahua'llam, orang kata bebas banjir, cuma ada air hujan singgah sekejap saja. Harap-harap begitulah. Ibu harap abg miyo selesa di rumah kita, rumah kita sendiri, walaupun tak besar tapi cukuplah untuk kita yang berkeluarga kecil ini. Syukur ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment