Wednesday, 9 October 2013

Budak Ben10 Siang Mengantuk Malam Berjaga...

Aduiiiii...dia buat hal lagi...kadangkala abg miyo ini ada cycle larrr...kitaran bumi. 2-3 bulan malam tidur, 2-3 bulan plak  tidur petang...sekarang ni, bulan Oktober ni entah monsoon mana dah singgah pagi tidur...malam berjaga. Pening kepala ibu..bila abang miyo tak tidur malam bermakna ibu terpaksa join jugak, ya lah..kejap2x kena suction abang..kejap2x kena angkat kepala abang atas bantal. Baru ibu nak lelap, abg miyo ekk..ek..ek..tau la tak kasi ibu tidur tapi bagi la ibu tidur jap. Tak kesian ke kat ibu...esok nak kerja, bawa kereta. Hari ni dek ibu termengantuk sangat ibu hampir tak dapat control kereta. Dah nak masuk parit air tepi sekolah adik pang. Mujurlah ibu cepat brek..pucat lesi ipang...tau takut budak tu..siap Tanya ibu.."Ibu ok ke? kalau tak jom balik sambung tidur" ewah2x anak ibu yg sorang ni... semalam dek kerana tak dapat tidur, boring punya pasal ibu habiskan sebungkus maggi goring..yup..cepat dimasak sedap dimakan..tak cukup dengan itu buat air milo cicah biskut, abg miyo layan Mr Bean, ibu layan cerita Hindustan yang hari sabtu hari tu..minta ipang record baru semalam dapat tengok best jugak cerita tu..Ibu ni bukan suka sangat layan cerita Hindustan tapi jalan cerita ni best plak..dapat layan sampai habis, cuma bila tiba part nyanyi tu cepat2x ibu forward kan..hahaha..lagu2x tak suka layan naik turun bukit, guling2x, pastu tukar baju...memg ibu tak suka layan. Hari ini adik pang kena jerit ngan ibu, lambat sangat duduk dalam bilik air, dah la guna bilik air ibu...muncung je keluar, rambut pun tak basah..apa mandi budak ni. Hari ni ibu lap je badan abg dgn towel yg dicelup air, esok daddy balik abg miyo boleh mandi puas2x. ibu dah tak larat nak angkat abang..berat sgt 30kg rasanya. ok abg miyo duduk elok2x ngan tok ma ya, jangan susahkan tok ma dan tokwan dan yang pasti jam ini abg miyo sedang dibuai mimpi, ben10 bertukar menjadi 4 arms...heheh

No comments:

Post a Comment