Assalamualaikum,abg miyo..
Entah kenapa hari ini di waktu ini ibu asyik ingatkan abg miyo di rumah. Abg miyo sedang buat apa tu? kalaulah ibu ada kuasa mata yang hebat boleh menembusi jalan sampai ke rumah..mesti best dapat tengok apa yang abang miyo sedang buat. Dan andainya abg ada kuasa suara yang juga hebat boleh menembusi saluran udara sehingga sampai ke pejabat ibu...dan panggil "ibuuuuuuuu", mesti best jugak kan???? Hari ini adik pang ada exam..katanya sains dan BI. Semalam kena paksa baca buku..dan siap buat soalan lagi kat abang miyo....Nak pecah perut ibu dengan gelagat abg miyo semalam..Soalan pertama mata pelajaran sains yang adik pang Tanya abang miyo 1. Buaya tu binatang ke atau tumbuhan? kalau buaya tu tumbuhan pejam mata...so abg miyo pejam mata, kalau buaya tu binatang pejam mata...so abg miyo pejam mata jugak...ibu tambah"sepuluh markah"...hehehe, 2. Pokok rambutan tu tumbuhan ke haiwan...kalau tumbuhan tutup mata..so abg miyo tutup mata lagi..kalau...belum sempat adik pang cakap haiwan abg miyo dah tutup mata...ibu tambah 20 markah lagi sebab terlalu bijak jawab soalan..hahahaha.. lucu ingatkan abg miyo, tapi hakikat sebenarnya ibu sedih kerana brain abang miyo dah damage, dulu abg miyo pelajar yang fast leaner, tapi kuasa Allah, takdir allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Abg miyo nothing di dunia..tapi di akhirat insyaallah abg miyo mendapat tempat istimewa si sisi pencipta, ALLAH S.W.T.
Abg Miyo...blog ini hanyalah catatan ibu untuk ibu abadikan segala kenangan bersama abg miyo, andainya ibu rindu, ibu selalu membuka dan membacanya. sekurang-kurangnya terubat hati ibu. Masa telah lama berlalu. Tahun berganti tahun..insyaallah panjang umur 2 bulan lagi kita akan menghampiri tahun 2014...Bila tiba 2 April setiap tahun..setiap kali juga harapan ibu punah...dan April tahundepan bermakna 5 tahun sudah berlalu, masih adakah keajaiban yang mungkin berlaku? Hanya Allah saja yang mengetahui dan ibu tetap mengharap...
No comments:
Post a Comment